Berita SMKSJ


May 16, 2022

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru SMK Seberang Jaya dan juga kepada semua guru di seluruh Malaysia.

Jasa guru akan tetap dikenang kerana segala perkongsian ilmu yang diberi kepada anak didik mereka amatlah berharga.  

Tema sambutan hari guru untuk tahun 2022 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah

 “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.



May 2, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMK Seberang Jaya dan muslimin serta muslimat. Semoga sambutan kali ini sungguh bermakna kepada semua. 



Apr 15, 2022

Majlis Persaraan Puan Nor Aznah Kosrin

Majlis Persaraan Puan Nor Aznah Binti Kosrin, Guru Kanan Bahasa SMK Seberang Jaya telah diadakan pada 14 April 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Seberang Jaya. Beliau merupakan guru Bahasa Melayu yang telah lama memberi khidmat bakti kepada warga SMK Seberang Jaya. Terimakasih Cikgu Aznah dan jasamu tetap dikenang.


Apr 3, 2022

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2022/2023

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru SMK Seberang Jaya bagi sesi persekolahan baharu tahun 2022/2023.





Apr 1, 2022

Majlis Perpisahan Cikgu Nazuardi

Satu majlis perpisahan ringkas diadakan untuk Cikgu Nazuardi yang berlangsung di perkarangan pejabat SMK Seberang Jaya. Cikgu Nazuardi serorang guru yang sangat berdedikasi dalam pengajaran anak didiknya telah bertukar ke SMK Permatang Pasir. Semoga Cikgu Nazuardi meneruskan tugas ssebagai pendidik dengan jayanya.