Berita SMKSJ


Jun 23, 2022

Kumpulan Santun Semilang di Program Jaringan Antarabangsa Malaysia Indonesia 2022

Pada 17 Jun 2022, Kumpulan Santun Semilang telah mendapat jemputan bagi persembahan pembukaan Program Jaringan Antarabangsa Malaysia-Indonesi 2022 di SMK Dato' Kailan. Tuan Pengetua SMK Dato' Kailan sendiri telah datang menjemput Pasukan Santun Semilang pada pagi tersebut. Setinggi -tinggi ucapan "Tahniah dan Syabas" diucapkan kepada Kumpulan Santun Semilang yang dibimbing oleh Puan Sharifah Atikhah dan dibantu oleh Puan Sakirah kerana terlibat dengan Program Jaringan Antarabangsa Malaysia Indonesia 2022. Program dijalankan secara dalam talian (Online Networking) antara SMK Dato' Kailan, Kepala Batas mewakili Malaysia dengan SMA 9 Malang, Jawa Timur mewakili Indonesia. 

Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan Santun Semilang.







No comments: