Cuti pertengahan semester 1 bermula dari 22 hingga 30 Mac 2014. Kepada para pelajar SMK Seberang Jaya diingatkan supaya jangan lupa akan kerja-kerja yang telah diberikan oleh guru-guru anda untuk dilakukan sepanjang cuti persekolahan ini.
" Selamat bercuti"
" Latihan yang baik akan memberikan kesan yang baik"
Berita SMKSJ
Mar 24, 2014
SPM dan STPM
Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan SPM. Semoga kecemerlangan ini diteruskan dalam menempuh rintangan dan ujian yang lain pula. Kepada yang lain pula perlu diingat bahawa STPm dan SPM bukan pengakhirannya. Masih ada peluang di luar sana untuk menjadi seorang yang berjaya dan akhirnya cemerlang jua hendaknya.
"Perlu ingat ini adalah permulaannya bukan pengakhirannya"
Feb 25, 2014
PIBG kali ke 25
Pada 22 Februari 2014 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SMK Seberang Jaya kali ke 25. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan usul yang telah diajukan oleh waris pelajar. Agenda mesyuarat juga turut melibatkan pembubaran AJK bagi sesi tahun 2012-2013. Pada kali ini pemilihan AJK PIBG telah melantik En Yeap sebagai YDP yang baharu manakala Naib YDP disandang oleh En Zulkarnain. Pemilihan ini juga melantik 5 AJK PIBG yang menjadi wakil waris SMK Seberang Jaya.
Feb 4, 2014
Pelancaran dan Perasmian Amalan Guru Penyayang Fasa 2
Pada 29 Januari 2014 telah berlangsung majlis pelancaran dan perasmian Amalan Guru Penyayang Fasa 2 yang disempurnakan oleh Pengetua SMK Seberang Jaya,Pn Balkhis Abdul Rahim.
Subscribe to:
Posts (Atom)
