Berita SMKSJ


Jun 17, 2022

Majlis "Send Off" Puan Pauziyah Binti Awang Noh

Majlis "Send Off" Puan Pauziyah Binti Awang Noh  diadakan pada tarikh 17 Jun 2022 di perkarangan pejabat SMK Seberang Jaya. Beliau akan berada di Mekah untuk menunaikan haji sewaktu tarikh sebenar persaraannya. Majlis bertujuan meraikan beliau yang telah banyak mencurahkan bakti di SMK Seberang Jaya.

Secebis ucapan buat Cg Pauziyah .....

"Jasamu tetap dikenang, tidak boleh dibalas berbanding jasa yang dicurahkan di SMK Seberang Jaya"

"Semoga sihat selalu dan ceria bersama keluarga tercinta"






Jun 16, 2022

Sukantara 1


 Pada 15 Jun 2022, sukantara hari pertama SMK Seberang Jaya telah berlangsung dengan jayanya. Semua warga sekolah amat berkobar-kobar untuk menyertai acara sukantara setelah dua tahun tanpa aktiviti sukan sekolah. 







Jun 1, 2022

Majlis Persaraan Ustazah Yusliza Yusuf

Pada 31 Mei 2022 telah diadakan Majlis Persaraan Ustazah Yusliza Yusuf di Ummah Hall, Taman Sembilang, Seberang Jaya. Majlis untuk Ustazah Yusliza adalah bagi mengenang jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh beliau kepada warga SMK Seberang Jaya. Kata orang, patah tumbuh hilang berganti, tapi manakan sama dengan persaraan Ustazah Yusliza yang tamat perkhidmatan beliau di SMK Seberang Jaya. Semoga beliau terus cemerlang di luar sana.

"Selamat Bersara Ustazah Yusliza aka Kak Yus"






May 16, 2022

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru SMK Seberang Jaya dan juga kepada semua guru di seluruh Malaysia.

Jasa guru akan tetap dikenang kerana segala perkongsian ilmu yang diberi kepada anak didik mereka amatlah berharga.  

Tema sambutan hari guru untuk tahun 2022 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah

 “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.



May 2, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMK Seberang Jaya dan muslimin serta muslimat. Semoga sambutan kali ini sungguh bermakna kepada semua.