Majlis Persaraan Puan Nor Aznah Binti Kosrin, Guru Kanan Bahasa SMK Seberang Jaya telah diadakan pada 14 April 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Seberang Jaya. Beliau merupakan guru Bahasa Melayu yang telah lama memberi khidmat bakti kepada warga SMK Seberang Jaya. Terimakasih Cikgu Aznah dan jasamu tetap dikenang.
Berita SMKSJ
Apr 15, 2022
Apr 3, 2022
Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2022/2023
Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru SMK Seberang Jaya bagi sesi persekolahan baharu tahun 2022/2023.
Apr 1, 2022
Majlis Perpisahan Cikgu Nazuardi
Satu majlis perpisahan ringkas diadakan untuk Cikgu Nazuardi yang berlangsung di perkarangan pejabat SMK Seberang Jaya. Cikgu Nazuardi serorang guru yang sangat berdedikasi dalam pengajaran anak didiknya telah bertukar ke SMK Permatang Pasir. Semoga Cikgu Nazuardi meneruskan tugas ssebagai pendidik dengan jayanya.
Mar 26, 2022
Majlis Persaraan En. Abdul Sahood bin Mohd Yunus
Pada 26 Mac 2022 telah berlangsung Majlis Persaraan Encik Abdul Sahood bin Mohd Yunus, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seberang Jaya. Sambutan diadakan bagi mengenang segala jasa yang telah disumbangkan oleh beliau kepada anak didik dan sekolah SMK Seberang Jaya.
Jutaan terimakasih diucapkan kepada Cikgu Sahood di atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang diberi sepanjang perkhimatan di SMK Seberang Jaya.
