Berita SMKSJ
Feb 1, 2022
Jan 1, 2022
Jan 20, 2021
Sesi Persekolahan 2021
Pada tanggal 20 Januari 2021 telah bermula sesi persekolahan bagi tahun 2021. Pembukaan sekolah tahun ini hanya membenarkan semua pelajar calon SPM 2020 hadir untuk PdPc secara bersemuka berikutan penularan COVID19 ketika ini. Manakala pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan mengikuti sesi pembelajaran tidak bersemuka PdPr. Semua pelajar dan guru perlu mengikuti arahan SOP yang telah dikeluarkan oleh KPM dan MKN dalam membendung kemasukan COVID19 ke SMK Seberang Jaya. Semoga semua warga SMK Seberang Jaya di jauhi daripada COVID19 dan sentiasa sihat dalam menempuh sesi pembelajaran.
#kitajagakita

Jan 12, 2021
Mesyuarat Guru SMK Seberang Jaya 1/2021
Mesyuarat Guru SMK Seberang Jaya 1/2021 telah berlangsung pada 12 Januari 2021.
Jan 1, 2021
Selamat Tahun Baru 2021
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua khasnya Warga SMK Seberang Jaya dan amnya kepada semua pelawat blog SMK Seberang Jaya. Semoga tahun ini Warga SMK Seberang Jaya mulakan satu azam baharu untuk mencapai suatu kejayaan yang sangat bermakna bagi diri sendiri, keluarga dan seterusnya untuk SMK Seberang Jaya.







