“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
Berita SMKSJ
Feb 7, 2015
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Jan 29, 2015
Cuti Peristiwa dan Hari Persekolahan Berganti Tahun 2015
Kepada
Ibu Bapa / Waris / Penjaga
Pelajar SMK Seberang Jaya
Tuan,
CUTI PERISTIWA
DAN HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan, pihak
sekolah telah mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan cuti peristiwa
dan hari persekolahan berganti bagi sesi persekolahan tahun 2015.
3. Untuk
makluman tuan, butiran cuti peristiwa dan hari persekolahan ganti adalah
seperti berikut;
TARIKH CUTI
|
JENIS CUTI
|
TARIKH GANTI
|
JADUAL WAKTU
|
CATATAN
|
02/02/15 (Isnin)
|
Cuti Berganti
|
16/11/2015
|
Isnin
|
Hari Thaipusam
|
18/02/15 (Rabu)
|
Cuti Peristiwa
|
-
|
-
|
Tahun Baru Cina
|
23/02/15 (Isnin)
|
Cuti Berganti
|
17/11/2015
|
Isnin
|
Tahun Baru Cina
|
16/07/15 (Khamis)
|
Cuti Peristiwa
|
-
|
-
|
Hari Raya Aidil Fitri
|
20/07/15 (Isnin)
|
Cuti Berganti
|
18/11/2015
|
Isnin
|
Hari Raya Aidil Fitri
|
21/07/15 (Selasa)
|
Cuti Berganti
|
19/11/2015
|
Selasa
|
Hari Raya Aidil Fitri
|
17/08/15 (Isnin)
|
Cuti Peristiwa
|
-
|
-
|
Kejohanan Balapan
|
09/11/15 (Isnin)
|
Cuti Peristiwa
|
-
|
-
|
Hari Deepavali
|
11/11/15 (Rabu)
|
Cuti Berganti
|
20/11/2015
|
Rabu
|
Hari Deepavali
|
4. Pihak
sekolah amat berharap agar tuan dapat memastikan anak tuan hadir ke sekolah
pada tarikh persekolahan ganti yang telah ditetapkan.
Kerjasama dan sokongan daripada tuan
amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA”
”PENDIDIKAN PULAU PINANG DIPERSADA ANTARABANGSA”
Jan 25, 2015
Majlis Persaraan Cikgu Salmiah Binti Ismail
|
| Cikgu Salmiah Binti Ismail |
Majlis dimulakan dengan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Haris Bin Sulaiman untuk memberkati majlis. Majlis diteruskan pula dengan ucapan oleh wakil pelajar, Samantha Ng, wakil guru, Encik Mohamad Jefri Bin Aziz dan Puan Pengetua, Puan Suibah Binti Sulaiman. Dalam ucapan-ucapan tersebut, segala jasa dan usaha Cikgu Salmiah disentuh dan menjadi sanjungan sepanjang hayat.
Akhir sekali, guru yang diraikan, Puan Salmiah Binti Ismail dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah
beliau ketika beliau menyampaikan ucapan. Beliau menceritakan setiap
detik pahit dan manis sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik sejak tahun 1978 di setiap sekolah yang pernah dijejaki beliau.
Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Pelbagai pihak tidak
melepaskan peluang menyampaikan hadiah sebagai mengenang jasa dan
bakti yang telah dicurahkan oleh Cikgu Salmiah.
Pucuk pauh
delima batu,
Anak sembilang di
tapak tangan
Walaupun
jauh ribuan batu,
Hilang di mata, di
hati jangan.
Klik link untuk gambar kenagan sekitar majlis persaraan.....
Galeri SMKSJ 2015
Klik link untuk gambar kenagan sekitar majlis persaraan.....
Galeri SMKSJ 2015
Jan 19, 2015
Minggu Orientasi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
| Taklimat daripada PK Pentadbiran |
Pada 14 hingga 16 Januari 2015 pula diadakan sesi orientasi bagi pelajar Tingkatan 1 yang baru mengenali SMK Seberang Jaya. Pelajar didedahkan dengan maklumat mengenai SMK Seberang Jaya yang merangkumi pentadbiran SMKSJ, para guru dan staf SMKSJ, persekitaran SMKSJ dan juga maklumat akademik bagi pelajar menempuh alam baru dalam persekolahan sekolah menengah.
Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
