Berita SMKSJ


Jul 17, 2012

Sukan Padang dan Balapan SMK Seberang Jaya 2012

Pada 30 Jun 2012, berlangsung acara Sukan Balapan SMK Seberang Jaya kali ke 18 yang diadakan di Padang Awam Taman Sembilang. Majlis dimulakan dengan sambutan ketibaan Puan Balkhis binti Abdul Rahim, Pengetua SMK Seberang Jaya dan seterusnya merasmikan dan menerima tabik hormat daripada pasukan-pasukan berunifrom yang terdiri daripada pasukan KRS, Kadet Bomba, Kadet Polis Wanita, Kadet Pertahanan Awam, Putri Islam, PBSM dan Brigade Putra serta rumah-rumah sukan. Majlis perarakan diserikan lagi dengan pertunjukan daripada ahli-ahli rumah sukan Seterusnya acara larian bermula dengan 4x100m(L/P),4x400m(L/P),1500m(L) dan 800m. Acara tarik tali peringkat akhir turut diadakan secara terbuka dan dimenangi oleh pasukan Pulau Rimau. Majlis penutupan disempurnakan oleh En Mohd Zaki bin Saad, PK Pentadbiran SMK Seberang jaya. Pada temasya sukan kali ini johan dimenangi oleh Rumah Pulau Aman. Majulah Sukan SMK Seberagn JAya

Jun 19, 2012

Sukantara SMK Seberasng Jaya 2012

Pada hari ini, 19 Jun 2012, berlangsung Sukantara SMK Seberang Jaya 2012 melibatkan acara 100m, 400m, lontar peluru dan lompat jauh.

Pelancaran Guru Penyayang SMK Seberang Jaya

Pada hari ini berlangsung pelancaran Program Guru Penyayang peringkat SMK Seberang Jaya yang dirasmikan oleh Puan Balkhis Abdul Rahim, Pengetua SMK Seberang Jaya. Program ini diadakan bagi memupuk sikap guru penyayang dalam menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa masa kini dan seterusnya membentuk corak masa hadapan. Majlis diserikan lagi dengan dendangan lagu oleh En Jefri dan deklamasi sajak disampaikan oleh Pn Syakila. Semoga dengan pelancaran ini, guru semakin bermotivasi mendidik dengan penuh kasih sayang.

Jun 12, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMK Seberang Jaya. Setelah bercuti sepanjang dua minggu diharap dapat merehatkan fizikal dan minda. OLeh itu kita dapat kembali meneruskan lagi perjuangan dalam menghadapi P&P. Kepada warga pendidik SMK Seberang Jaya semoga dapat memberi pengajaran dan tunjuk ajar dengan lebih aktif. Manakala kepada para pelajar dan anak didik SMK Seberang Jaya semoga dengan kembalinya ke sekolah selepas berehat panjang ini agar dapat belajar dengan tekun dan menumpukan minda untuk menjadi seorang yang berjaya.

May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Guru seperti kebiasaannya diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk memberi sinar cahaya kepada orang lain. Ianya satu cetusan silam yang agak menyedihkan dan kalau diamati rasanya sampai akhir hayat maka padamlah sinarnya. Tetapi sinar guru tidak padam disitu saja kerana jika ditenungkan kembali, sinar guru itu ada kesinambungannya. Ingat kembali... siapa yang mengajar kita membaca... siapa yang yang mengajar kita mengira... siapa yang mengajar kita menulis pula... siapa yang membentuk serba sedikit diri kita... Tentulah guru kita.