Falsafah SMKSJ
Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya berhasrat meninggikan prestasi akademik dari segi kecemerlangan dan peratus kelulusan PMR, SPM dan STPM, melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bermoral tinggi, sihat dari segi fizikal, mental serta berkemahiran dalam bidang sukan dan bidang yang disediakan. Juga melahirkan pelajar yang berjiwa kepimpinan dan bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan. Ingin melahirkan sekolah sebagai agen dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik dengan semangat bekerjasama, mendukung cita-cita Rukun Negara.
Feb 28, 2012
Mesyuarat PIBG
Pada 25 Feb 2012, Mesyuarat PIBG SMK Seberang Jaya telah pun diadakan di Bilik Seroja SMK Seberang Jaya. Agenda program melibatkan pembentangan beberapa usul oleh waris-waris pelajar dan pembubaran AJK PIBG 2011. Pelantikan baru AJK PIBG bagi tahun 2012 turut diadakan dengan harapan dapat bergerak bersama-sama misi dan visi SMK Seberang Jaya.
Feb 18, 2012
LDP 1 SMK Seberang Jaya
Pada hari ini berlangsung LDP 1 SMK Seberang Jaya. Pada sesi pertama semua guru diagihkan mengikut bidang masing-masing bertempat di lokasi yang telah ditetapkan.
Feb 16, 2012
LDP1 2012
Latihan Dalam Perkhidmatan 1 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 18 Februari 2012
Tempat : Bilik Seminar SMK Seberang Jaya
Masa : 8.00 pagi
Sesi 1 - Program Panitia
Sesi 2 - Taklimat PBS
Semua guru dan staf diwajibkan hadir.
Tarikh : 18 Februari 2012
Tempat : Bilik Seminar SMK Seberang Jaya
Masa : 8.00 pagi
Sesi 1 - Program Panitia
Sesi 2 - Taklimat PBS
Semua guru dan staf diwajibkan hadir.
Feb 9, 2012
Program Sambutan Maulidur Rasul SMK SeberangJaya
Pada 8 Februari 2012, berlangsung program tazkirah sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Seberang Jaya. Program tazkirah diadakan bagi menanam perasaan kecintaan setiap pelajar Islam SMK Seberang Jaya terhadap Rasulullah, Nabi Muhammad SAW. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Khusairi dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
" Bersama-samalah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW "
" Bersama-samalah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW "
Feb 1, 2012
Pemberian Baucer Buku Tingkatan 6
Pada 30 Januari 2012, berlangsung program pemberian baucer buku untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Seberang Jaya. Pemberian baucer dilakukan oleh YB Datuk Arif Shah, ADUN Seberang Jaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
