Berita SMKSJ


Jan 29, 2015

Cuti Peristiwa dan Hari Persekolahan Berganti Tahun 2015


Kepada

Ibu Bapa / Waris / Penjaga
Pelajar SMK Seberang Jaya


Tuan,

CUTI PERISTIWA DAN HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah telah mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan cuti peristiwa dan hari persekolahan berganti bagi sesi persekolahan tahun 2015.

3.         Untuk makluman tuan, butiran cuti peristiwa dan hari persekolahan ganti adalah seperti berikut;

TARIKH CUTI
JENIS CUTI
TARIKH GANTI
JADUAL WAKTU
CATATAN
02/02/15 (Isnin)
Cuti Berganti
16/11/2015
Isnin
Hari Thaipusam
18/02/15 (Rabu)
Cuti Peristiwa
-
-
Tahun Baru Cina
23/02/15 (Isnin)
Cuti Berganti
17/11/2015
Isnin
Tahun Baru Cina
16/07/15 (Khamis)
Cuti Peristiwa
-
-
Hari Raya Aidil Fitri
20/07/15 (Isnin)
Cuti Berganti
18/11/2015
Isnin
Hari Raya Aidil Fitri
21/07/15 (Selasa)
Cuti Berganti
19/11/2015
Selasa
Hari Raya Aidil Fitri
17/08/15 (Isnin)
Cuti Peristiwa
-
-
Kejohanan Balapan
09/11/15 (Isnin)
Cuti Peristiwa
-
-
Hari Deepavali
11/11/15 (Rabu)
Cuti Berganti
20/11/2015
Rabu
Hari Deepavali

4.         Pihak sekolah amat berharap agar tuan dapat memastikan anak tuan hadir ke sekolah pada tarikh persekolahan ganti yang telah ditetapkan.

Kerjasama dan sokongan daripada tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”PENDIDIKAN PULAU PINANG DIPERSADA ANTARABANGSA”


Jan 25, 2015

Majlis Persaraan Cikgu Salmiah Binti Ismail

  
Cikgu Salmiah Binti Ismail
          Pada tanggal 17 Januari 2015, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan persaraan seorang guru yang telah menyumbang bakti selama 14  tahun di SMKSJ iaitu Puan Salmiah Binti Ismail.  Majlis dipengerusikan oleh Puan Fathiyah Binti Morad selaku ketua guru bertugas mingguan. 
       Majlis dimulakan dengan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Haris Bin Sulaiman untuk memberkati majlis. Majlis diteruskan pula dengan ucapan oleh wakil pelajar, Samantha Ng, wakil guru, Encik Mohamad Jefri Bin Aziz   dan Puan Pengetua, Puan Suibah Binti Sulaiman. Dalam ucapan-ucapan  tersebut, segala jasa dan usaha Cikgu Salmiah disentuh dan menjadi sanjungan sepanjang hayat. 
   Akhir sekali, guru yang diraikan, Puan Salmiah Binti Ismail dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah 
beliau ketika beliau menyampaikan ucapan. Beliau menceritakan setiap     
          detik pahit dan manis sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik sejak 
          tahun 1978 di setiap sekolah yang pernah dijejaki beliau.
                 Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Pelbagai pihak tidak
         melepaskan peluang menyampaikan hadiah sebagai mengenang jasa dan 
         bakti yang telah dicurahkan oleh Cikgu Salmiah. 
            Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh ribuan batu,
Hilang di mata, di hati jangan.
Klik link untuk gambar kenagan sekitar majlis persaraan.....
Galeri SMKSJ 2015

Jan 19, 2015

Minggu Orientasi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Taklimat daripada PK Pentadbiran
Persekolahan pada tahun baru bermula dengan program orientasi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pada 12 hingga 13 januari 2015, pelajar Tingkatan 4 menghadiri sesi taklimat dalam memilih aliran pembelajaran yang diminati oleh mereka dan kelayakan bagi memasuki setiap aliran tersebut. Aliran yang ditawarkan ialah Sains, TM, Vokasional serta Akaun dan Perdagangan. Pelajar Tingkatan 4 dibahagikan kepada 6 kelas mengikut aliran pada hari orientasi yang kedua.




Pada 14 hingga 16 Januari 2015 pula diadakan sesi orientasi bagi pelajar Tingkatan 1 yang baru mengenali SMK Seberang Jaya. Pelajar didedahkan dengan maklumat mengenai SMK Seberang Jaya yang merangkumi pentadbiran SMKSJ, para guru dan staf SMKSJ, persekitaran SMKSJ dan juga maklumat akademik bagi pelajar menempuh alam baru dalam persekolahan sekolah menengah.

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar.

Selamat Tahun Baru 2015