Berita SMKSJ


Feb 7, 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

      Tanggal  12 Rabiulawal setiap tahun merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Maulidur Rasul tahun 1436H atau tahun Masehi 2015 jatuh pada 3 Januari 2015. 
       Satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya telah diadakan pada 23 Januari 2014. Majlis diisi dengan aktiviti Berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW oleh semua guru dan pelajar beragama Islam di tapak perhimpunan diikuti dengan satu ceramah oleh penceramah jemputan Ustaz Izab Hambali Bin Hamzah.
         Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya adalah
“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”








No comments: