Jan 25, 2015

Majlis Persaraan Cikgu Salmiah Binti Ismail

  
Cikgu Salmiah Binti Ismail
          Pada tanggal 17 Januari 2015, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan persaraan seorang guru yang telah menyumbang bakti selama 14  tahun di SMKSJ iaitu Puan Salmiah Binti Ismail.  Majlis dipengerusikan oleh Puan Fathiyah Binti Morad selaku ketua guru bertugas mingguan. 
       Majlis dimulakan dengan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Haris Bin Sulaiman untuk memberkati majlis. Majlis diteruskan pula dengan ucapan oleh wakil pelajar, Samantha Ng, wakil guru, Encik Mohamad Jefri Bin Aziz   dan Puan Pengetua, Puan Suibah Binti Sulaiman. Dalam ucapan-ucapan  tersebut, segala jasa dan usaha Cikgu Salmiah disentuh dan menjadi sanjungan sepanjang hayat. 
   Akhir sekali, guru yang diraikan, Puan Salmiah Binti Ismail dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah 
beliau ketika beliau menyampaikan ucapan. Beliau menceritakan setiap     
          detik pahit dan manis sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik sejak 
          tahun 1978 di setiap sekolah yang pernah dijejaki beliau.
                 Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Pelbagai pihak tidak
         melepaskan peluang menyampaikan hadiah sebagai mengenang jasa dan 
         bakti yang telah dicurahkan oleh Cikgu Salmiah. 
            Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh ribuan batu,
Hilang di mata, di hati jangan.
Klik link untuk gambar kenagan sekitar majlis persaraan.....
Galeri SMKSJ 2015

1 comment:

Anonymous said...

like

Berita SMKSJ