Berita SMKSJ


May 19, 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru SMK Seberang Jaya




May 12, 2014

Hari Kokurikulum dan Hari Terbuka

Pada 10 Mei 2014 telah berlangsung kemuncak Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya. Beberapa program telah berlangsung antaranya ialah Perbarisan Hormat menerima tetamu jemputan untuk perasmian Hari Kokurikulum, cabutan bertuah, gerai jualan dan pameran badan kerajaan seperti PDRM, Bomba dan Penyelamat serta ILJTM.

May 7, 2014

Hari Kokurikulum

Pada hari ini berlangsung beberapa acara yang dipertandingkan sempena Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya bagi tahun 2014. Antara acara yang diadakan adalah seperti  berikut:
(a) Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform
(b) Pertandingan Permainan Congkak
(c) Pertandingan Pembinaan Gajet
(d) Pertandingan Masakan Perkhemahan
(e) Pertandingan Membuat Layang-layang

Pendaftaran Tingkatan Enam 2014

Pada 5 Mei 2014 telah diadakan program pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Rendah SMK Seberang Jaya. Kali ini SMK Seberang Jaya telah menerima pendaftaran pelajar hingga mencapai 108 orang pelajar untuk sesi 2014/2015.