Berita SMKSJ


Feb 25, 2014

PIBG kali ke 25

Pada 22 Februari 2014 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SMK Seberang Jaya kali ke 25. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan usul yang telah diajukan oleh waris pelajar. Agenda mesyuarat juga turut melibatkan pembubaran AJK bagi sesi tahun 2012-2013. Pada kali ini pemilihan AJK PIBG telah melantik En Yeap sebagai YDP yang baharu manakala Naib YDP disandang oleh En Zulkarnain. Pemilihan ini juga melantik 5 AJK PIBG yang menjadi wakil waris SMK Seberang Jaya.

Feb 4, 2014

Selamat Tahun Baharu Cina

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga SMK Seberang Jaya

Pelancaran dan Perasmian Amalan Guru Penyayang Fasa 2

Pada 29 Januari 2014 telah berlangsung majlis pelancaran dan perasmian Amalan Guru Penyayang Fasa 2 yang disempurnakan oleh Pengetua SMK Seberang Jaya,Pn Balkhis Abdul Rahim.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Seberang Jaya

Pada 22 Jan 2014 telah berlangsung majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Seberang Jaya. Acara diadakan di Dewan Surau SMK Seberang Jaya dengan sesi ceramah dan selawat beramai-ramai.

Hari Thaipusam

Selamat menyambut hari Thaipusam kepada penganut Hindu SMK Seberang Jaya.

Hari Keputeraan Nabi Muhammad

Salam maulidur Rasul kepada semua dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda.