Berita SMKSJ


Jan 7, 2014

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan

Pada minggu ini bermula program orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan SMK Seberang Jaya. Program ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar baharu ini mengenai SMK Seberang Jaya merangkumi visi dan misi serta maklumat-maklumat lain yang dapat membantu mereka menempuh alam baharu persekolahan menengah.

Selamat Datang dan Selamat Kembali Ke Sekolah tahun 2014

Selamat datang diucapkan kepada warga baharu SMK Seberang Jaya iaitu kepada pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan serta pelajar dan guru yang baharu sahaja berpindah ke SMK Seberang bagi sesi persekolahan tahun 2014.

Selamat kembali kepada warga SMK Seberang Jaya yang telah lama bercuti bagi sesi persekolahan yang lalu.

Semoga semua warga SMK Seberang Jaya pada tahun ini dapat sama-sama mencapai kejayaan yang lebih memberansangkan.

Selamat Tahun Baharu 2014

Selamat Tahun Baharu 2014 diucapkan kepada semua warga SMK Seberang Jaya dan semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.