Berita SMKSJ


Aug 20, 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014



Pada hari ini berlangsung perasmian sambutan bulan kemerdekaan peringkat SMK Seberang Jaya yang disempurnakan oleh Puan Suibah binti Sulaiman, Pengetua Cemerlang SMK Seberang Jaya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti nyanyian lagu rasmi perhimpunan. Program sambutan diserikan lagi dengan acara-acara persembahan oleh Kelab Seni Budaya SMK Seberang Jaya. Penutupan majlis sambutan ini disudahi dengan nyanyian beramai-ramai lagu Keranamu Malaysia dan Tanggal 31serta laungan Merdeka.

Jul 3, 2014

May 19, 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru SMK Seberang Jaya




May 12, 2014

Hari Kokurikulum dan Hari Terbuka

Pada 10 Mei 2014 telah berlangsung kemuncak Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya. Beberapa program telah berlangsung antaranya ialah Perbarisan Hormat menerima tetamu jemputan untuk perasmian Hari Kokurikulum, cabutan bertuah, gerai jualan dan pameran badan kerajaan seperti PDRM, Bomba dan Penyelamat serta ILJTM.

May 7, 2014

Hari Kokurikulum

Pada hari ini berlangsung beberapa acara yang dipertandingkan sempena Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya bagi tahun 2014. Antara acara yang diadakan adalah seperti  berikut:
(a) Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform
(b) Pertandingan Permainan Congkak
(c) Pertandingan Pembinaan Gajet
(d) Pertandingan Masakan Perkhemahan
(e) Pertandingan Membuat Layang-layang

Pendaftaran Tingkatan Enam 2014

Pada 5 Mei 2014 telah diadakan program pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Rendah SMK Seberang Jaya. Kali ini SMK Seberang Jaya telah menerima pendaftaran pelajar hingga mencapai 108 orang pelajar untuk sesi 2014/2015.

Mar 24, 2014

Cuti Pertengahan Semester 1

Cuti pertengahan semester 1 bermula dari 22 hingga 30 Mac 2014. Kepada para pelajar SMK Seberang Jaya diingatkan supaya jangan lupa akan kerja-kerja yang telah diberikan oleh guru-guru anda untuk dilakukan sepanjang cuti persekolahan ini.

" Selamat bercuti"
" Latihan yang baik akan memberikan kesan yang baik"

SPM dan STPM

Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan SPM. Semoga kecemerlangan ini diteruskan dalam menempuh rintangan dan ujian yang lain pula. Kepada yang lain pula perlu diingat bahawa STPm dan SPM bukan pengakhirannya. Masih ada peluang di luar sana untuk menjadi seorang yang berjaya dan akhirnya cemerlang jua hendaknya.

"Perlu ingat ini adalah permulaannya bukan pengakhirannya"

Feb 25, 2014

PIBG kali ke 25

Pada 22 Februari 2014 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SMK Seberang Jaya kali ke 25. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan usul yang telah diajukan oleh waris pelajar. Agenda mesyuarat juga turut melibatkan pembubaran AJK bagi sesi tahun 2012-2013. Pada kali ini pemilihan AJK PIBG telah melantik En Yeap sebagai YDP yang baharu manakala Naib YDP disandang oleh En Zulkarnain. Pemilihan ini juga melantik 5 AJK PIBG yang menjadi wakil waris SMK Seberang Jaya.

Feb 4, 2014

Selamat Tahun Baharu Cina

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga SMK Seberang Jaya

Pelancaran dan Perasmian Amalan Guru Penyayang Fasa 2

Pada 29 Januari 2014 telah berlangsung majlis pelancaran dan perasmian Amalan Guru Penyayang Fasa 2 yang disempurnakan oleh Pengetua SMK Seberang Jaya,Pn Balkhis Abdul Rahim.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Seberang Jaya

Pada 22 Jan 2014 telah berlangsung majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Seberang Jaya. Acara diadakan di Dewan Surau SMK Seberang Jaya dengan sesi ceramah dan selawat beramai-ramai.

Hari Thaipusam

Selamat menyambut hari Thaipusam kepada penganut Hindu SMK Seberang Jaya.

Hari Keputeraan Nabi Muhammad

Salam maulidur Rasul kepada semua dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda.

Jan 7, 2014

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan

Pada minggu ini bermula program orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan SMK Seberang Jaya. Program ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar baharu ini mengenai SMK Seberang Jaya merangkumi visi dan misi serta maklumat-maklumat lain yang dapat membantu mereka menempuh alam baharu persekolahan menengah.

Selamat Datang dan Selamat Kembali Ke Sekolah tahun 2014

Selamat datang diucapkan kepada warga baharu SMK Seberang Jaya iaitu kepada pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan serta pelajar dan guru yang baharu sahaja berpindah ke SMK Seberang bagi sesi persekolahan tahun 2014.

Selamat kembali kepada warga SMK Seberang Jaya yang telah lama bercuti bagi sesi persekolahan yang lalu.

Semoga semua warga SMK Seberang Jaya pada tahun ini dapat sama-sama mencapai kejayaan yang lebih memberansangkan.

Selamat Tahun Baharu 2014

Selamat Tahun Baharu 2014 diucapkan kepada semua warga SMK Seberang Jaya dan semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.