Berita SMKSJ


Dec 26, 2012

Mesyuarat Guru 1 2013

Mesyurat Guru SMK Seberang Jaya bagi kali pertama bagi tahun 2013 akan diadakan pada 26 Disember 2012 jam 8.00 pagi bertempat di Bilik Seminar SMK Seberang Jaya. Kehadiran adalah diwajibkan. Harap maklum.

PMR2012

Tahniah kepada semua pelajar dan guru SMK Seberang Jaya yang telah mendapat keputusan yang memberangsangkan bagi PMR 2012. Gred purata sekolah menaik dan ramai pelajar mendapat keputusan yang baik. Seorang pelajar mendapat 8A iaitu Aimi, enam pelajar mendapat 7A dan tujuh pelajar mendapat 6A. Semoga mereka ini mendapat keputusan yang cemerlang di masa akan datang. Tahniah...............

Nov 27, 2012

Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru 2013

Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru SMK Seberang Jaya 2013 akan diadakan pada 13 Disember 2012 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Kantin SMK Seberang Jaya. Para waris diminta membawa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftran.

Oct 1, 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Pada hari ini bermula Peperiksaan Akhir Tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. Peperiksaan dijalankan selama seminggu mengikut jadual peperiksaan yang disediakan oleh Unit Peperiksaan.

Aug 30, 2012

Hari Kebangsaan ke 55

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 55.

Jul 17, 2012

Pelancaran Hari Koperasi SMK Seberang Jaya

Pada 16 Julai 2012, berlangsung Majlis Pelancaran hari Koperasi SMK Seberang Jaya yang dirasmikan oleh Puan Balkhis Abdul Rahim, Pengetua SMK Seberang Jaya. Majlis melibatkan acara penyampaian beberapa anugerah koperasi, antaranya ialah Anugerah koperator terbaik dimenangi oleh Anwar bin Ishak. Majlis ditamatkan dengan memperdengarkan lagu sambutan hari koperasi kebangsaan.

Sukan Padang dan Balapan SMK Seberang Jaya 2012

Pada 30 Jun 2012, berlangsung acara Sukan Balapan SMK Seberang Jaya kali ke 18 yang diadakan di Padang Awam Taman Sembilang. Majlis dimulakan dengan sambutan ketibaan Puan Balkhis binti Abdul Rahim, Pengetua SMK Seberang Jaya dan seterusnya merasmikan dan menerima tabik hormat daripada pasukan-pasukan berunifrom yang terdiri daripada pasukan KRS, Kadet Bomba, Kadet Polis Wanita, Kadet Pertahanan Awam, Putri Islam, PBSM dan Brigade Putra serta rumah-rumah sukan. Majlis perarakan diserikan lagi dengan pertunjukan daripada ahli-ahli rumah sukan Seterusnya acara larian bermula dengan 4x100m(L/P),4x400m(L/P),1500m(L) dan 800m. Acara tarik tali peringkat akhir turut diadakan secara terbuka dan dimenangi oleh pasukan Pulau Rimau. Majlis penutupan disempurnakan oleh En Mohd Zaki bin Saad, PK Pentadbiran SMK Seberang jaya. Pada temasya sukan kali ini johan dimenangi oleh Rumah Pulau Aman. Majulah Sukan SMK Seberagn JAya

Jun 19, 2012

Sukantara SMK Seberasng Jaya 2012

Pada hari ini, 19 Jun 2012, berlangsung Sukantara SMK Seberang Jaya 2012 melibatkan acara 100m, 400m, lontar peluru dan lompat jauh.

Pelancaran Guru Penyayang SMK Seberang Jaya

Pada hari ini berlangsung pelancaran Program Guru Penyayang peringkat SMK Seberang Jaya yang dirasmikan oleh Puan Balkhis Abdul Rahim, Pengetua SMK Seberang Jaya. Program ini diadakan bagi memupuk sikap guru penyayang dalam menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa masa kini dan seterusnya membentuk corak masa hadapan. Majlis diserikan lagi dengan dendangan lagu oleh En Jefri dan deklamasi sajak disampaikan oleh Pn Syakila. Semoga dengan pelancaran ini, guru semakin bermotivasi mendidik dengan penuh kasih sayang.

Jun 12, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMK Seberang Jaya. Setelah bercuti sepanjang dua minggu diharap dapat merehatkan fizikal dan minda. OLeh itu kita dapat kembali meneruskan lagi perjuangan dalam menghadapi P&P. Kepada warga pendidik SMK Seberang Jaya semoga dapat memberi pengajaran dan tunjuk ajar dengan lebih aktif. Manakala kepada para pelajar dan anak didik SMK Seberang Jaya semoga dengan kembalinya ke sekolah selepas berehat panjang ini agar dapat belajar dengan tekun dan menumpukan minda untuk menjadi seorang yang berjaya.

May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Guru seperti kebiasaannya diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk memberi sinar cahaya kepada orang lain. Ianya satu cetusan silam yang agak menyedihkan dan kalau diamati rasanya sampai akhir hayat maka padamlah sinarnya. Tetapi sinar guru tidak padam disitu saja kerana jika ditenungkan kembali, sinar guru itu ada kesinambungannya. Ingat kembali... siapa yang mengajar kita membaca... siapa yang yang mengajar kita mengira... siapa yang mengajar kita menulis pula... siapa yang membentuk serba sedikit diri kita... Tentulah guru kita.

Apr 5, 2012

Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya 2012

SMK Seberang Jaya akan mengadakan Hari Kokurikulum 2012 dan bersempena dengan hari tersebut akan diadakan program hari terbuka.

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan

Pada 4 April 2012 berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat SMK Seberang Jaya. Pelancaran sambutan disempurnakan oleh Puan Balkhis binti Abdul Rahim, Pengetua SMK Seberang Jaya. Program diserikan dengan persembahan bahas ala parlimen, penyampaian sajak dan akhir sekali nyanyian Lagu Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Semoga dengan program ini diharap warga SMK Seberang Jaya dapat menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan dalam akitiviti seharian.

Majlis Pelantikan Pengawas Baru SMK Seberang Jaya

Pada 2 April 2012 berlangsung Majlis Pelantikan Pengawas Baru SMK Seberang Jaya. Surat pelantikan disampaikan kepada 32 orang pengawas baru oleh En Nazari Mohamed, Pegawai Prosa bagi SMK Seberang Jaya. Beliau turut menyampaikan sedikit ucapan agar pengawas baru ini bertugas dengan dedikasi dan mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Akhir sekali majlis di tamatkan dengan ikrar pengawas dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab.

Mar 28, 2012

Keputusan SPM 2011

Pada 21 Mac 2012 yang lalu telah berlangsung Majlis Penyampaian keputusan SPM 2011 SMK Seberang Jaya. Majlis dimulakan dengan ucapan pengumuman keputusan GPS oleh Puan Balkhis Abdul Rahim. SMK Seberang Jaya mencatatkan keputusan GPS 6.01 dengan peratus lulus sebanyak 87.9% bagi tahun 2011. Seterusnya pengumuman pelajar terbaik iaitu
(a) Azlinda binti Azlan - 7A
(b) Basyirah binti Abdul Rahman - 5A
(c) Nur Aini binti Sunar Too - 5A
(d) Tg Siti Norshahirah bt Tg Hadzali Shah - 5A

Mar 12, 2012

Merentas Desa SMK Seberang Jaya

Pada 9 Mac 2012 berlangsung acara merentas desa SMK Seberang Jaya bagi enam kategori iaitu Lelaki Kelas Tg6/L1/L2 dan Perempuan Kelas Tg6/P1/P2. Acara bermula 7.30 pagi dengan pelepasan peserta Lelaki Kelas Tg6, Kelas L1 serta L2 dan diikuti oleh peserta Perempuan Kelas Tg 6, kelas P1 dan P2. Para peserta lelaki perlu melalui beberapa check point iaitu CP1 hingga CP11 manakala para peserta perempuan perlu melalui CP1 hingga CP6 dan kemudian ke CP9 hingga CP11. Penyampaian hadiah kepada para pemenang berakhir sehingga 12.15 tengahari.

Mar 6, 2012

Keputusan STPM 2011

Keputusan STPM SMK Seberang Jaya akan diserahkan kepada calon STPM 2011 seperti berikut:

Tarikh : 6 Mac 2012
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Seroja

Semua calon dimestikan memakai pakaian yang kemas dan berkasut semasa mengambil slip keputusan.

Feb 28, 2012

Mesyuarat PIBG

Pada 25 Feb 2012, Mesyuarat PIBG SMK Seberang Jaya telah pun diadakan di Bilik Seroja SMK Seberang Jaya. Agenda program melibatkan pembentangan beberapa usul oleh waris-waris pelajar dan pembubaran AJK PIBG 2011. Pelantikan baru AJK PIBG bagi tahun 2012 turut diadakan dengan harapan dapat bergerak bersama-sama misi dan visi SMK Seberang Jaya.

Feb 18, 2012

LDP 1 SMK Seberang Jaya

Pada hari ini berlangsung LDP 1 SMK Seberang Jaya. Pada sesi pertama semua guru diagihkan mengikut bidang masing-masing bertempat di lokasi yang telah ditetapkan.

Feb 16, 2012

LDP1 2012

Latihan Dalam Perkhidmatan 1 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 18 Februari 2012
Tempat : Bilik Seminar SMK Seberang Jaya
Masa : 8.00 pagi

Sesi 1 - Program Panitia
Sesi 2 - Taklimat PBS

Semua guru dan staf diwajibkan hadir.

Feb 9, 2012

Program Sambutan Maulidur Rasul SMK SeberangJaya

Pada 8 Februari 2012, berlangsung program tazkirah sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Seberang Jaya. Program tazkirah diadakan bagi menanam perasaan kecintaan setiap pelajar Islam SMK Seberang Jaya terhadap Rasulullah, Nabi Muhammad SAW. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Khusairi dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

" Bersama-samalah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW "

Feb 1, 2012

Pemberian Baucer Buku Tingkatan 6

Pada 30 Januari 2012, berlangsung program pemberian baucer buku untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Seberang Jaya. Pemberian baucer dilakukan oleh YB Datuk Arif Shah, ADUN Seberang Jaya.

Jan 26, 2012

Selamat Tahun Baharu Cina


Warga SMK Seberang Jaya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga guru dan pelajar SMKSJ serta semua rakyat Malaysia. Semoga anda semua beroleh kejayaan dan kemakmuran pada Tahun Naga ini.

Jan 16, 2012

Ketua Guru Bertugas Mingguan

Pengumuman Kepada Semua Guru SMK Seberang Jaya
-----------------------------------------------------------------------------------
Ketua guru bertugas mingguan diminta mengisi Borang Laporan Guru Bertugas Mingguan dan di hantar kepada En Ahmad Zaki bagi tujuan rekod sekolah.
Borang boleh dimuat turun melalui halaman Muat Turun blog SMK Seberang Jaya (Klik Muat Turun di kiri blog ini)

Perancangan Strategik

Pengumuman Kepada Semua Guru SMK Seberang Jaya
------------------------------------------------------------------------------------
Semua guru di minta melengkapkan Pelan Taktikal dan Operasi mengikut bidang masing-masing dan di hantar kepada En Ahmad Zaki dan 'softcopy' dihantar ke alamat email zakie65@yahoo.com sebelum 19 Januari 2012.

Contoh Pelan Taktikal boleh dimuat turun melalui halaman muat turun blog SMK Seberang Jaya. (Klik Muat Turun di kiri blog ini)

Mesyuarat Kelab Guru dan Staf SMKSJ

Pada hari ini, 16 Januari 2012, berlangsung Mesyuarat Kelab Guru dan Staf SMK Seberang Jaya bagi tahun 2012. Mesyuarat diadakan bagi untuk sesi pembentangan audit kira-kira dan pengesahan minit mesyuarat tahun 2011 yang dipengerusikan oleh En Md Nor. Perjalanan mesyuarat berjalan lancar dan di akhir pengesahan minit mesyuarat, En Md Nor membubarkan AJK Kelab.
Agenda mesyuarat diteruskan dengan sesi pengumuman AJK bagi tahun 2012 di mana En Abdul Razak diumumkan selaku pengerusi baru bagi tahun 2012. Berikut adalah senarai AJK 2012:

Pengerusi - En Abdul Razak
Naib Pengerusi - En Abdul Sahood
AJK -
(1) En Mohd Zulkhairi
(2) En Mohd Radzuan
(3) En Saw Cheng Teik
(4) Pn Shakila
(5) Pn Grace Archana
(6) Pn Azura
(7) Pn Fatiyah

Jan 13, 2012

Taklimat Peperiksaan STPM

Pada 12 Januari 2012 telah diadakan satu taklimat pendaftaran peperiksaan STPM di Bilik Seroja SNKSJ. Sesi taklimat ini dikelolakan oleh Unit Peperiksaan SMK Seberang Jaya bagi memberi maklumat khusus untuk pendaftaran STPM pada tahun ini. Turut diundang ialah Puan Pengetua SMK Seberang Jaya, Puan Balkhis Abdul Rahim dalam menyampaikan serba sedikit harapan SMK Seberang Jaya terhadap para pelajar Tingkatan Enam dalam menempuh peperiksaan STPM yang akan datang.

Orientasi Tg 1 dan Peralihan

Pada 9 hingga 10 Januari 2012 berlangsung sesi orientasi bagi pelajar baru Tingkatan 1 dan Peralihan SMK Seberang Jaya. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada suasana persekolahan sekolah menengah. Program hari pertama melibatkan taklimat-taklimat yang di sampaikan oleh pentadbiran dan kanselor SMK Seberang Jaya. Manakala pada hari kedua, para pelajar di bawa melawat ke bilik-bilik khas dan makmal-makmal yang ada di SMK Seberang Jaya.

Jan 4, 2012

ORIENTASI PELAJAR TG4

Pada hari ini 4 Jan 2012 bermula sesi orientasi pelajar Tg 4 dalam memilih aliran yang akan dipelajari sebelum mengambil peperiksaan SPM yang akan datang. Program ini merangkumi kaunseling pelajar dan taklimat-taklimat mengenai aliran pembelajaran yang ada di SMK Seberang Jaya iaitu Aliran Sains, Akaun, Teknologi Maklumat, MPV dan Perdagangan. Semua pelajar diminta melakukan pemilihan aliran yang sewajarnya kerana di sini bermula perkembangan masa depan pelajar.

Persekolahan 2012

Pada hari ini bermula sesi persekolahan bagi tahun 2012. Selamat kembali ke SMK Seberang Jaya bagi pelajar-pelajar lama dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru khususnya dari Tingkatan 1 dan Peralihan. Semua pelajar diharap memulakan pembelajaran pada tahun ini dengan azam untuk berjaya.