Berita SMKSJ


Oct 14, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Pada minggu ini berlangsung Peperiksaan Akhir Tahun SMK Seberang Jaya bagi pelajar-pelajar Tg 4 dan 6 Rendah. Manakala bagi pelajar-pelajar Tg Per, 1 dan 2 akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan. Semua warga SMKSJ diminta untuk merujuk jadual peperiksaan yang telah dikeluarkan.

PELAJAR-PELAJAR DIMINTA BERSEDIA UNTUK PAT INI.

Program Gerak Gempur SPM

Program Gerak Gempur SPM diadakan bermula pada hari Selasa yang lalu. Aktiviti melibatkan penerangan mengenai kaedah menjawab soalan dan latihan menjawab. Subjek-subjek teras diberi keutamaan kerana melibatkan semua pelajar calon SPM 2011. Semoga melalui program ini dapat memberi panduan kepada semua pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Program Lepas PMR

Program Lepas PMR diadakan bagi mengisi kelapangan pelajar-pelajar calon PMR yang baru sahaja tamat menduduki peperiksaan tersebut. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

Oct 4, 2011

PMR

Pada 4 Oktober bermula peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)di semua sekolah menengah. Pihak sekolah berharap semua calon bersedia dengan baik dalam menghadapi peperiksaan ini dan dapat lulus dengan cemerlang.

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON

LDP Pengurusan Sukan

Pada 1 Oktober yang lalu telah berlangsung LDP berkaitan Pengurusan Sukan Permainan. Kehadiran melibatkan semua guru dan staf SMK Seberang Jaya. Latihan melibatkan beberapa sukan permainan seperti Bola Baling, Bola Jaring, Sofbol, Hoki, Lontar Peluru dan juga Ujian SEGAK.