Berita SMKSJ


Jul 23, 2011

Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya 2011

SMK Seberang Jaya akan mengadakan Hari Kokurikulum 2011 seperti berikut:





Semua warga SMK Seberang Jaya, waris-waris pelajar dan komuniti Sembilang dijemput menghadiri acara-acara tersebut.

*Semua jualan dalam bentuk kupon dan kupon boleh dibeli di meja urusetia kupon

Program Puncak Kecemerlangan PMR dan SPM Mutiara PDCA

Pada 23 Julai 2011, berlangsung Program Puncak Kecemerlangan PMR dan SPM Mutiara PDCA bagi pelajar SMK Seberang Jaya. Program sehari ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang menjadi calon PMR dan SPM bagi tahun 2011. Melalui program ini diharap para pelajar dapat membina satu landasan yang baik ke arah kecemerlangan PMR dan SPM yang akan datang. Seterusnya kecemerlangan yang akan ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tersebut dapat menaikkan lagi prestasi SMK Seberang Jaya.

Jul 13, 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Pada 16 Julai 2011 akan berlangsung Hari Anugerah Cemerlang bagi pelajar SMK Seberang Jaya bertempat di Bilik Seroja pada jam 8.00 pagi. Majlis akan dirasmikan oleh En Mohd Zaidi Bin Mohd Said, Ahli Lembaga Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapatkan anugerah pada kali ini dan diharap semua pelajar SMKSJ lebih teruja untuk mencapai kecemerlangan pada peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang akan datang.

SMKSJ CEMERLANG...CEMERLANG...CEMERLANG

Jul 5, 2011

Program Kecemerlangan Pelajar

Pada 8 Julai 2011, satu program kecemerlangan pelajar akan diadakan untuk calon-calon PMR, SPM dan STPM 2011. Program ini bertujuan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk mendapatkan satu keputusan yang baik dalam peperiksaan yang akan diduduki kelak.

Larian 1 Murid 1 Sukan

Pada 2 Julai 2011 yang lalu, larian sempena pelancaran 1 Murid 1 Sukan turut dijalankan oleh SMK Seberang Jaya. Larian sejauh 1.5 km itu diadakan di kawasan rekreasi Taman Semilang bermula jam 7.45 pagi melibatkan semua warga SMK Seberang Jaya. Bersempena dengan program larian itu, pihak sekolah turut mengadakan program gotong royong peringkat sekolah bagi menjadikan persekitaran sekolah yang sihat dan ceria.

Jul 4, 2011

Program Sambutan Sempena Israk dan Mikraj

Pada 1 Julai 2011, Program Sambutan Sempena Israk dan Mikraj diadakan bagi para murid dan guru Islam SMK Seberang Jaya. Program diisi dengan satu sesi ceramah berkaitan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Semoga program ini dapat memberi kita kesedaran