May 28, 2011

Sambutan Hari Guru SMKSJ 2011

27 Mei 2011, SMK Seberang Jaya mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertempat di tapak perhimpunan. Oleh yang demikian sekali lagi ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMK Seberang Jaya. Acara sambutan dirasmikan oleh Pengetua SMK Seberang Jaya, Pn Balkhis Abdul Hamid dan seterusnya perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran sempena sambutan Hari Guru 2011 disampaikan PK Pentadbiran, En Zaki dan PK Hal Ehwal Murid, En Aidi.

Sambutan Hari Guru SMK Seberang Jaya turut dimeriahkan dengan bacaan sajak dan nyanyian solo untuk semua guru SMK Seberang Jaya. Sukaneka turut dijalankan di mana penyertaan para guru dan pelajar menggamatkan suasana sambutan hari guru kali ini. Melalui sambutan Hari Guru kali ini diharap semua guru SMK Seberang Jaya lebih bermotivasi dalam menjadi pendidik yang berjaya mendidik pelajar-pelajarnya hingga mencapai kejayaan.

May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Tanggal 16 Mei merupakan satu tarikh yang mungkin tidak dilupakan oleh semua individu di seluruh negara dan pada tahun ini disambut buat kali yang ke 40. Itulah hari guru dan hari yang diadakan bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru terhadap setiap individu, komuniti, masyarakat dan negara. Oleh itu warga SMK Seberang Jaya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga guru yang sentiasa menabur ilmu kepada semua anak didik mereka.


"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

"SELAMAT HARI GURU"

May 11, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi SMK Seberang Jaya akan diadakan bermula 12 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011 seperti yang dirancang oleh Unit Peperiksaan Dalaman SMK Seberang Jaya. Jadual peperiksaan telah mula diedarkan untuk rujukan semua guru dan pelajar SMK Seberang Jaya. Tarikh peperiksaan secara ringkas adalah seperti berikut:

Tingkatan Peralihan -- 23 Mei 2011 hingga 24 Mei 2011
Tingkatan Satu -- 20 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Dua -- 20 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Tiga -- 20 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Empat -- 16 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Lima -- 12 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Enam Atas -- 16 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011

Semua pelajar diminta merujuk jadual peperiksaan di kelas masing-masing dan untuk persediaan dalam mengulangkaji pelajaran.

"STUDY SMART" "STUDY HARD" "ALL THE BEST"

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Enam Bawah 2011

Pada 9 Mei 2011, pendaftaran pelajar tingkatan enam bawah atau Pra U SMK Seberang Jaya telah diadakan di Bilik Seroja. Sehingga kini, 104 pelajar telah pun mendaftar dan mengikuti program orientasi yang dijalankan oleh AJK Program Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan Enam 2011.

Berita SMKSJ