Berita SMKSJ


Apr 27, 2011

Kejohanan Bola Baling Zon Permatang Pauh

Pasukan Bola Baling SMK Seberang Jaya telah menyertai Kejohanan Bola Baling Zon Permatang Pauh pada 18 hingga 21 April 2011 yang lalu di SMK Machang Bubok. Acara yang disertai adalah 15TKB lelaki/perempuan dan 18 TKB lelaki/Perempuan. Pasukan SMK Seberang Jaya telah mencatatkan keputusan yang membanggakan melalui acara 15TKB lelaki dengan menjadi Johan Zon Permatang Pauh bagi tahun 2011.

Perkhemahan Asas SMK Seberang Jaya

Baru-baru ini, 22 hingga 24 April 2011, berlangsung perkhemahan asas bagi para pelajar SMK Seberang Jaya terutama pelajar Tingkatan 1,2 dan 3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama yang aktif di dalam pasukan beruniform SMK Seberang Jaya tentang amalan dan aktiviti pekhemahan yang baik. Perkhemahan asas ini diadakan di padang SMK Seberang Jaya selama 3 hari 2 malam yang diuruskan oleh Unit Kokurikulum SMK Seberang Jaya. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ialah pemasangan khemah pelajar, program ibadat, ceramah dan juga lari berhalangan. Melalui perkhemahan asas ini diharap para pelajar dan guru SMK Seberang Jaya dapat bersedia untuk Perkhemahan Perdana yang akan datang.

Apr 21, 2011

Program PBSB

Pada 20 April 2011, satu program penerangan keselamatan jalanraya telah diadakan oleh PBSB di SMK Seberang Jaya. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar SMK Seberang Jaya tentang kepentingan menjaga keselamatan semasa menggunakan jalanraya. Acara-acara yang dijalankan termasuk program ceramah dan tayangan video pembangunan PBSB serta pameran JKJR, JPJ dan Unit Trafik. Warga SMK Seberang Jaya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang telah menjayakan program ini dan berharap semua warga SMK Seberang Jaya mengamalkan langkah-langkah penjagaan keselamatan semasa berada di jalanraya.

Apr 13, 2011

Alu-aluan Kedatangan Pengetua Baharu SMK Seberang Jaya

Warga SMK Seberang Jaya mengalu-alukan kedatangan Pengetua SMK Seberang Jaya yang baharu, Puan Balkhis binti Abdul Rahim yang memulakan tugas beliau pada 11 April 2011 yang lalu.

Festival Boria 1 Malaysia

Pada 11 April 2011 berlangsung penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta Festival Boria 1 Malaysia SMK Seberang Jaya yang telah menjadi Johan Peringkat Saringan Bahagian Seberang Perai Kategori Remaja di SMK Gemilang, Butterworth. Festival ini dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Apr 9, 2011

Taklimat SKPM

Pada 4 April 2011, SMK Seberang Jaya menjadi venue untuk satu sesi taklimat ringkas SKPM 2010 yang disampikan oleh Nazir Persekutuan Cawangan Pulau Pinang. Taklimat ini bertujuan untuk membantu Pentadbir bagi sekolah-sekolah di dalam Kelompok M8 menyiapkan maklumat-maklumat untuk SKPM dan NKRA sekolah masing-masing. Pada kali ini versi SKPM 2010 online ini perlu disiapkan sebelum memulakan NKRA 2011. Semoga semua sekolah terlibat dapat melaksanakan perancangan-perancangan masing-masing dan tergolong di dalam sekolah yang cemerlang.

Apr 8, 2011

Mesyuarat PIBG SMK Seberang Jaya 2011

Pada 2 April 2011 yang lalu, berlangsung Mesyuarat Agung PIBG 22 SMK Seberang Jaya keli ke 22 di Bilik Seroja SMK Seberang Jaya. Majlis dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah di dalam sidang pertama.

Pada sidang kedua, pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 berlangsung. Kemudian pembentangan dan pengesahan laporan kegiatan tahunan PIBG serta penyata kewangan dilakukan di dalam mesyuarat.

Sidang kedua juga melibatkan pembubaran AJK PIBG 2010/2011 dan proses pemilihan AJK baru turut diadakan bagi menjalankan program-program baru bagi tahun 2011/2012. Pada kali En Mohd Zaidi Jamaluddin dipilih sebagai YDP PIBG SMK Seberang Jaya yang baru manakala En Mohd Fadhilah Abdul Rauf.

Semoga dengan pelantikan AJK PIBG SMK Seberang Jaya yang baru ini dapat sama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan SMK Seberang Jaya.

Apr 1, 2011

Minggu Sains dan Matematik

Pada 28 Mac hingga 1 April 2011 berlangsung Minggu Sains dan Matematik 2011 anjuran Panitia Sains dan Matematik SMK Seberang Jaya. Perasmian dilakukan oleh PK Pentadbiran, En Ahmad Zaki bin Saad dengan dirasmikan melalui pelepasan roket air ke udara.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar SMK Seberang Jaya terhadap sains dan matematik seterusnya dapat memupuk minat pelajar kepada matapelajaran tersebut. Pelbagai acara diadakan sepanjang minggu sains dan matematik termasuk pameran, kuiz lisan, bacaan artikel, pertandinga melukis potret, pertandingan payung terjun dan roket air.