Berita SMKSJ


Mar 29, 2011

Pelantikan Pengawas Baru SMK Seberang Jaya

Pada 28 mac 2011, berlangsung satu upacara penyerahan surat pelantikan pengawas baru SMK Seberang Jaya. Semua pengawas baru ini telah pun lulus di dalam sesi temuduga pengawas dan menjadi pengawas percubaan sebelum menerima pelantikan. Upacara penyerahan surat pelantikan dilakukan oleh Inspektor Alias dari Balai Polis Seberang Jaya diiringi oleh PK Pentadbiran SMK Seberang Jaya, En Ahmad Zaki.

Mar 23, 2011

Keputusan SPM 2010

Keputusan SPM 2010 bagi SMK Seberang Jaya telah menunjukkan peningkatan dari segi peratusan lulus. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga kecemerlangan itu diteruskan hingga ke menara gading

Mar 9, 2011

Ujian 1 2011

Ujian 1 bagi semua tingkatan diadakan pada 7 hingga 9 Mac 2011. Semua pelajar diminta bersedia dalam menghadapi Ujian 1 ini bagi menilai tahap pencapaian setelah dua bulan mengikuti pembelajaran.

LDP 1 / 2011

Pada 5 Mac 2011, Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (LDP 1) bagi semua guru SMK Seberang Jaya telah diadakan. Latihan berkaitan dengan Headcount pelajar menggunakan sistem pengkalan data peperiksaan.

Latihan diberikan oleh En Firdaus melalui sesi taklimat berkaitan pengkalan data peperiksaan dan Headcount di Bilik Seroja. Kemudian sesi amali diadakan di Makmal Komputer 1 SMK Seberang Jaya bagi meningkatkan pemahaman guru dalam pengiraan Headcount melalui data peperiksaan.

Semoga latihan ini dapat memantapkan lagi perancangan guru dalam proses P&P dan menjadikan pelajar serta sekolah SMK Seberang Jaya cemerlang.

Mar 8, 2011

Kejohanan Merentas Desa SMK Seberang Jaya 2011

Pada 5 Mac 2011 jam 8.00 pagi telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SMK Seberang Jaya dengan jayanya. Kejohahan tahunan ini dibahagikan kepada 6 kategori iaitu Kelas L2 dan P2 (Tg Per/1/2/3), Kelas L1 dan P1(Tg 4/5) serta Lelaki dan Perempuan (Tg6). Acara dimulakan dengan doa. Kemudian sesi memanaskan badan dengan melakukan aktivii regangan dan senamrobik.

Pelepasan bagi kelas lelaki dilakukan oleh En Ahmad Zaki, PK Pentadbiran SMK Seberang Jaya. Manakala bagi kelas perempuan dilakukan oleh Us Aidi Ariffin, PK HEM SMK Seberang Jaya. Ujian masa setiap peserta juga dilakukan bagi mengumpul markah setiap Rumah Sukan untuk Kejohanan Sukan SMK Seberang Jaya yang akan datang.

Acara tamat dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap kategori.