Feb 28, 2011

Majlis Persaraan Pn Fadilah Bt Mohd Zain

Pada 25 Februari 2011, telah berlangsung Majlis Persaraan Pn Fadilah Bt Mohd Zain, Pengetua Cemerlang SMK Seberang Jaya yang akan bersara pada 1 Mac 2011. Tetamu jemputan yang turut hadir ialah Pengetua-pengetua Kelompok M8, Pegawai PPD Seberang Perai Tengah serta YDP dan Naib YDP PIBG SMK Seberang Jaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Murid SMKSJ dan diikuti oleh ucapan Pengerusi Kelab Guru SMK Seberang Jaya. Kemudian, satu tayangan slaid mengenai Pn Fadilah ditayangkan untuk tatapan terakhir semua warga SMK Seberang Jaya dan para jemputan yang hadir.

Akhir sekali ucapan disampaikan oleh Pn Fadilah Mohd Zain yang merupakan ucapan terakhir beliau sebagai pengetua SMK Seberang Jaya dan juga sebagai warga pendidik. Beberapa nasihat diberikan oleh Pn Fadilah kepada semua warga SMK Seberang Jaya agar menjadi panduan yang berguna. Pn Fadilah turut meninggalkan kata-kata yang menjadi perangsang kepada beliau sepanjang menjadi warga pendidik dan berharap ianya menjadi perangsang kepada warga SMK Seberang Jaya.

No comments:

Berita SMKSJ