Berita SMKSJ


Feb 28, 2011

Majlis Persaraan Pn Fadilah Bt Mohd Zain

Pada 25 Februari 2011, telah berlangsung Majlis Persaraan Pn Fadilah Bt Mohd Zain, Pengetua Cemerlang SMK Seberang Jaya yang akan bersara pada 1 Mac 2011. Tetamu jemputan yang turut hadir ialah Pengetua-pengetua Kelompok M8, Pegawai PPD Seberang Perai Tengah serta YDP dan Naib YDP PIBG SMK Seberang Jaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Murid SMKSJ dan diikuti oleh ucapan Pengerusi Kelab Guru SMK Seberang Jaya. Kemudian, satu tayangan slaid mengenai Pn Fadilah ditayangkan untuk tatapan terakhir semua warga SMK Seberang Jaya dan para jemputan yang hadir.

Akhir sekali ucapan disampaikan oleh Pn Fadilah Mohd Zain yang merupakan ucapan terakhir beliau sebagai pengetua SMK Seberang Jaya dan juga sebagai warga pendidik. Beberapa nasihat diberikan oleh Pn Fadilah kepada semua warga SMK Seberang Jaya agar menjadi panduan yang berguna. Pn Fadilah turut meninggalkan kata-kata yang menjadi perangsang kepada beliau sepanjang menjadi warga pendidik dan berharap ianya menjadi perangsang kepada warga SMK Seberang Jaya.

Feb 23, 2011

Pogram Kecemerlangan Pelajar Berfokus Tg 6

Pada hari ini, berlangsung taklimat Program Kecemerlangan Pelajar Berfokus Tahun 2011 untuk pelajar tingkatan 6 dijalankan di Bilik Seroja SMK Seberang Jaya. Program ini bertujuan untuk meningkatkan gred purata sekolah bagi peperiksaan STPM 2011 melalui kaedah mentor-mentee Melibatkan guru-guru tingkatan 6 SMK Seberang Jaya sebagai mentor dan mentee yang terdiri daripada lima orang pelajar tingkatan 6 untuk setiap guru. Guru yang terlibat akan memantau perkembangan akademik setiap mentee dan memberikan garis panduan serta tunjuk ajar kepada mentee untuk melonjakkan prestasi akademik masing-masing menjelang peperiksaan sebenar STPM. Melalui program ini diharap gred purata sekolah bagi peperiksaan tersebut akan meningkat.

Keputusan STPM 2010

Keputusan STPM telah diumumkan pada 21 Februari 2011 yang lalu. Keputusan bagi SMK Seberang Jaya menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun lepas. Terdapat 9 orang calon yang telah mendapat keputusan yang baik iaitu melebihi 3.50.

Feb 22, 2011

Program Kecemerlangan Pelajar Berfokus 2011

Pada hari ini, taklimat Program Kecemerlangan Pelajar Berfokus Tahun 2011 untuk murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah dijalankan di Bilik Seroja SMK Seberang Jaya. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan gred purata sekolah bagi peperiksaan PMR dan SPM Program ini menggunakan kaedah mentor-mentee yang akan melibatkan guru-guru SMK Seberang Jaya sebagai mentor dan mentee yang terdiri daripada lima orang murid untuk setiap guru. Guru yang terlibat akan memantau perkembangan akademik setiap mentee dan memberikan garis panduan serta tunjuk ajar kepada mentee untuk melonjakkan prestasi akademik masing-masing menjelang peperiksaan sebenar iaitu PMR dan SPM. Melalui program ini diharap gred purata sekolah bagi peperiksaan tersebut akan meningkat dan seterusnya menjadi antara sekolah yang cemerlang.

Feb 18, 2011

Program Sempena Maulidur Rasul

Pada hari ini 18 Februari 2011, Panitia Pendidikan Islam mengadakan program ceramah sempena Maulidur Rasul di Bilik Pendidikan Islam SMK Seberang Jaya.

Feb 15, 2011

Maulidur Rasul

Seluruh warga SMKSJ mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat.





" 1 Malaysia 1 Ummah "

Feb 14, 2011

Pelancaran Bulan Bahasa 2011


SMK Seberang Jaya mengadakan pelancaran "Sambutan Bulan Bahasa" dengan tema "Bahasa Jiwa Bangsa". Sambutan bulan bahasa tahun ini selaras dengan program dalam memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris.

Pelancaran bulan bahasa dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Seberang Jaya, Pn Fadilah Mohd Zain. Majlis turut disemarakkan lagi dengan acara deklamasi sajak bertajuk "Bahasa Jiwa Bangsa" oleh murid yang terdiri daripada Mohd Shahrul, Poonisha dan Samantha berkonsepkan 1 Malaysia. Akhir sekali acara nyanyian lagu tema "Bahasa Jiwa Bangsa" sebagai penutup diperdengarkan oleh murid Tingkatan 1 Arif.

BAHASA JIWA BANGSA

Pertukaran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Baru-baru ini berlaku pertukaran Penolong Kanan HEM bagi SMK Seberang Jaya iaitu En Anuar Rahim yang ditukarkan ke SMK Macang Bubok. En Anuar betugas jawatan sebagai PK Pentadbiran yang baru bagi sekolah tersebut. Terimakasih diucapkan kepada En Anuar di atas sumbangan beliau walaupun dalam masa yang singkat terhadap SMK Seberang Jaya. Semoga berjaya dalam menempuh cabaran baru.

SMK Seberang Jaya juga mengalu-alukan kedatangan PK HEM yang baru iaitu Us Aidi Arifin yang bertugas sebelum ini sebagai PK Kokurikulum SMK Mengkuang. Selamat datang dan harapan kami segala ilmu pengetahuan yang ada dapat dikongsi bersama.

Feb 8, 2011

Majlis Perjumpaan Waris Murid Tg 3 dan Tg 5

SMK Seberang Jaya akan mengadakan satu program bersama waris murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 untuk menyampaikan taklimat mengenai pendidikan terancang sekolah. Sesi perjumpaan bersama waris adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 Februari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Seroja

Melalui majlis ini diharap pihak sekolah bersama waris dapat membentuk murid ke arah kecemerlangan diri dan seterusnya sekolah dalam peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2011.

Feb 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Kami mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada warga Cina di SMK Seberang Jaya serta seluruh Malaysia. Semoga tahun "Arnab" memberikan kesenangan dan kegemilangan untuk semua.

" GONG XI FA CAI "