Berita SMKSJ


Dec 30, 2011

ANALISIS PMR 2011

Makluman kepada Ketua Panitia
------------------------------------------------
Sila hantar Analisis PMR 2011 mengikut mata pelajaran masing-masing dengan menggunakan Borang Analisis PMR yang boleh dimuat turun melalui laman perkongsian SMK Seberang Jaya (sila klik label Muat Turun pada Maklumat SMKSJ)

Standard Guru Malaysia

Dec 25, 2011

Mesyuarat Guru 2012

Mesyuarat guru bagi sesi persekolahan 2012 akan diadakan mengikut jadual yang dirancangkan seperti berikut:

Tarikh : 27 Disember 2011
Masa : 8.00 pg - 01.00 ptg
Tempat : Bilik PPSMI

Semua guru diwajibkan hadir.

PMR 2011

Tahniah diucapkan kepada calon-calon PMR SMK Seberang Jaya yang telah berjaya mendapatkan keputusan yang baik. Keputusan PMR pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang baik. Syabas kepada para guru yang bertungkus-lumus menaikkan prestasi SMK Seberang Jaya. Semoga kejayaan ini berterusan di dalam peperiksaan yang akan datang

Dec 12, 2011

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan 2012

Hari Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 dan Peralihan SMK Seberang Jaya bagi tahun 2012 akan di adakan seperti berikut:

Tarikh : 15 Disember 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Kantin SMK Seberang Jaya

Nota :
Sila bawa bersama surat penempatan pelajar, 1 salinan keputusan UPSR dan 1 salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak bagi tujuan pendaftaran.

Nov 23, 2011

SPM dan STPM

Buat yang terbaik wahai calon-calon SPM dan STPM SMK Seberang Jaya.

Oct 14, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Pada minggu ini berlangsung Peperiksaan Akhir Tahun SMK Seberang Jaya bagi pelajar-pelajar Tg 4 dan 6 Rendah. Manakala bagi pelajar-pelajar Tg Per, 1 dan 2 akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan. Semua warga SMKSJ diminta untuk merujuk jadual peperiksaan yang telah dikeluarkan.

PELAJAR-PELAJAR DIMINTA BERSEDIA UNTUK PAT INI.

Program Gerak Gempur SPM

Program Gerak Gempur SPM diadakan bermula pada hari Selasa yang lalu. Aktiviti melibatkan penerangan mengenai kaedah menjawab soalan dan latihan menjawab. Subjek-subjek teras diberi keutamaan kerana melibatkan semua pelajar calon SPM 2011. Semoga melalui program ini dapat memberi panduan kepada semua pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Program Lepas PMR

Program Lepas PMR diadakan bagi mengisi kelapangan pelajar-pelajar calon PMR yang baru sahaja tamat menduduki peperiksaan tersebut. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

Oct 4, 2011

PMR

Pada 4 Oktober bermula peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)di semua sekolah menengah. Pihak sekolah berharap semua calon bersedia dengan baik dalam menghadapi peperiksaan ini dan dapat lulus dengan cemerlang.

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON

LDP Pengurusan Sukan

Pada 1 Oktober yang lalu telah berlangsung LDP berkaitan Pengurusan Sukan Permainan. Kehadiran melibatkan semua guru dan staf SMK Seberang Jaya. Latihan melibatkan beberapa sukan permainan seperti Bola Baling, Bola Jaring, Sofbol, Hoki, Lontar Peluru dan juga Ujian SEGAK.

Sep 19, 2011

Peperiksaan Percubaan SPM/STPM 2011

Peperiksaan Percubaan SPM/STPM sedang berlangsung bagi calon-calon SMK Seberang Jaya bermula dari 12 September hingga 30 September 2011 untuk menuji tahap persediaan pelajar menjelang peperiksaan sebenar.

Sep 9, 2011

Salam Aidilfitri dan Merdeka

Kepada semua warga SMKSJ, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan

Aug 2, 2011

Jul 23, 2011

Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya 2011

SMK Seberang Jaya akan mengadakan Hari Kokurikulum 2011 seperti berikut:





Semua warga SMK Seberang Jaya, waris-waris pelajar dan komuniti Sembilang dijemput menghadiri acara-acara tersebut.

*Semua jualan dalam bentuk kupon dan kupon boleh dibeli di meja urusetia kupon

Program Puncak Kecemerlangan PMR dan SPM Mutiara PDCA

Pada 23 Julai 2011, berlangsung Program Puncak Kecemerlangan PMR dan SPM Mutiara PDCA bagi pelajar SMK Seberang Jaya. Program sehari ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang menjadi calon PMR dan SPM bagi tahun 2011. Melalui program ini diharap para pelajar dapat membina satu landasan yang baik ke arah kecemerlangan PMR dan SPM yang akan datang. Seterusnya kecemerlangan yang akan ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tersebut dapat menaikkan lagi prestasi SMK Seberang Jaya.

Jul 13, 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Pada 16 Julai 2011 akan berlangsung Hari Anugerah Cemerlang bagi pelajar SMK Seberang Jaya bertempat di Bilik Seroja pada jam 8.00 pagi. Majlis akan dirasmikan oleh En Mohd Zaidi Bin Mohd Said, Ahli Lembaga Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapatkan anugerah pada kali ini dan diharap semua pelajar SMKSJ lebih teruja untuk mencapai kecemerlangan pada peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang akan datang.

SMKSJ CEMERLANG...CEMERLANG...CEMERLANG

Jul 5, 2011

Program Kecemerlangan Pelajar

Pada 8 Julai 2011, satu program kecemerlangan pelajar akan diadakan untuk calon-calon PMR, SPM dan STPM 2011. Program ini bertujuan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk mendapatkan satu keputusan yang baik dalam peperiksaan yang akan diduduki kelak.

Larian 1 Murid 1 Sukan

Pada 2 Julai 2011 yang lalu, larian sempena pelancaran 1 Murid 1 Sukan turut dijalankan oleh SMK Seberang Jaya. Larian sejauh 1.5 km itu diadakan di kawasan rekreasi Taman Semilang bermula jam 7.45 pagi melibatkan semua warga SMK Seberang Jaya. Bersempena dengan program larian itu, pihak sekolah turut mengadakan program gotong royong peringkat sekolah bagi menjadikan persekitaran sekolah yang sihat dan ceria.

Jul 4, 2011

Program Sambutan Sempena Israk dan Mikraj

Pada 1 Julai 2011, Program Sambutan Sempena Israk dan Mikraj diadakan bagi para murid dan guru Islam SMK Seberang Jaya. Program diisi dengan satu sesi ceramah berkaitan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Semoga program ini dapat memberi kita kesedaran

Jun 23, 2011

Kejohanan Sukan SMK Seberang Jaya 2011

Pada 25 Jun 2011 akan berlangsung Kejohanan Sukan SMK Seberang Jaya bagi kali ke 17. Kejohanan ini melibatkan acara-acara akhir balapan seperti larian 100m, 400m dan 4x100m. Acara akan bermula pada jam 8.00 pagi di Padang SMK Seberang Jaya. Sehubungan dengan itu para waris dijemput hadir ke sukan tahunan ini bagi memeriahkan suasana.

"Bersama-sama kita menyokong sukan ....."

Jun 18, 2011

Pra Sukan SMK Seberang Jaya 2011

Pada 20 dan 21 Jun 2011 akan berlangsung acara Pra Sukan bagi Kejohanan Sukan SMK Seberang Jaya ke 17. Antara acara-acara yang akan diadakan seperti lotar peluru, lompat jauh, lompat tinggi dan beberapa acara saringan bagi larian 100m, 200m, dan 400m bagi semua kategori pelajar.

LDP2 SMK Seberang Jaya

Pada 18 Jun 2011, LDP bagi semua guru SMK Seberang Jaya diadakan bagi kali yang kedua. Pada kali ini tajuk LDP adalah Perancangan strategik bagi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid SMK Seberang Jaya diadakan untuk menggantikan Perancangan Strategik yang tamat pada tahun ini. Semua guru dibahagikan mengikut bidang masing-masing dalam menyalurkan idea dan pandangan untuk membuat satu cadangan yang dinamik dan menyeluruh dalam membentuk SMK Seberang Jaya yang berjaya di masa-masa hadapan.

"SMK Seberang Jaya gemilang di persada ..........."

Jun 14, 2011

Sukantara SMKSJ 2011

Pada 14 dan 15 Jun 2011 akan berlangsung sukantara SMK Seberang Jaya melibatkan 4 acara yang dikira untuk pungutan mata 4 rumah sukan bagi Kejohahan Sukan Olahraga SMK Seberang Jaya 2011. Acara dalam sukantara yang dijalankan ialah lompat jauh, larian 100m, larian 400m dan lontar peluru. Semua peserta dalam setiap rumah sukan perlu melibatkan diri bagi memastikan rumah sukan masing-masing mendapat pungutan mata yang tinggi sebelum kejohanan sukan bermula.

Jun 7, 2011

Cuti Pertengahan Tahun

Selamat bercuti kepada semua semua guru dan pelajar SMK Seberang Jaya. Jagalah diri anda sama ada dalam perjalanan atau di mana pun saja anda berada. Selamat pergi dan sampai semula ke SMK Seberang Jaya pada 13 Jun 2011.

" Apabila kita jauh perjalanan maka kita akan lebih luas pengetahuan "
" Tetapi jika kita luas pengetahuan tetapi tidak digunakan maka kita akan ......"

May 28, 2011

Sambutan Hari Guru SMKSJ 2011

27 Mei 2011, SMK Seberang Jaya mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertempat di tapak perhimpunan. Oleh yang demikian sekali lagi ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMK Seberang Jaya. Acara sambutan dirasmikan oleh Pengetua SMK Seberang Jaya, Pn Balkhis Abdul Hamid dan seterusnya perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran sempena sambutan Hari Guru 2011 disampaikan PK Pentadbiran, En Zaki dan PK Hal Ehwal Murid, En Aidi.

Sambutan Hari Guru SMK Seberang Jaya turut dimeriahkan dengan bacaan sajak dan nyanyian solo untuk semua guru SMK Seberang Jaya. Sukaneka turut dijalankan di mana penyertaan para guru dan pelajar menggamatkan suasana sambutan hari guru kali ini. Melalui sambutan Hari Guru kali ini diharap semua guru SMK Seberang Jaya lebih bermotivasi dalam menjadi pendidik yang berjaya mendidik pelajar-pelajarnya hingga mencapai kejayaan.

May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Tanggal 16 Mei merupakan satu tarikh yang mungkin tidak dilupakan oleh semua individu di seluruh negara dan pada tahun ini disambut buat kali yang ke 40. Itulah hari guru dan hari yang diadakan bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru terhadap setiap individu, komuniti, masyarakat dan negara. Oleh itu warga SMK Seberang Jaya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga guru yang sentiasa menabur ilmu kepada semua anak didik mereka.


"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

"SELAMAT HARI GURU"

May 11, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi SMK Seberang Jaya akan diadakan bermula 12 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011 seperti yang dirancang oleh Unit Peperiksaan Dalaman SMK Seberang Jaya. Jadual peperiksaan telah mula diedarkan untuk rujukan semua guru dan pelajar SMK Seberang Jaya. Tarikh peperiksaan secara ringkas adalah seperti berikut:

Tingkatan Peralihan -- 23 Mei 2011 hingga 24 Mei 2011
Tingkatan Satu -- 20 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Dua -- 20 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Tiga -- 20 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Empat -- 16 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Lima -- 12 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011
Tingkatan Enam Atas -- 16 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011

Semua pelajar diminta merujuk jadual peperiksaan di kelas masing-masing dan untuk persediaan dalam mengulangkaji pelajaran.

"STUDY SMART" "STUDY HARD" "ALL THE BEST"

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Enam Bawah 2011

Pada 9 Mei 2011, pendaftaran pelajar tingkatan enam bawah atau Pra U SMK Seberang Jaya telah diadakan di Bilik Seroja. Sehingga kini, 104 pelajar telah pun mendaftar dan mengikuti program orientasi yang dijalankan oleh AJK Program Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan Enam 2011.

Apr 27, 2011

Kejohanan Bola Baling Zon Permatang Pauh

Pasukan Bola Baling SMK Seberang Jaya telah menyertai Kejohanan Bola Baling Zon Permatang Pauh pada 18 hingga 21 April 2011 yang lalu di SMK Machang Bubok. Acara yang disertai adalah 15TKB lelaki/perempuan dan 18 TKB lelaki/Perempuan. Pasukan SMK Seberang Jaya telah mencatatkan keputusan yang membanggakan melalui acara 15TKB lelaki dengan menjadi Johan Zon Permatang Pauh bagi tahun 2011.

Perkhemahan Asas SMK Seberang Jaya

Baru-baru ini, 22 hingga 24 April 2011, berlangsung perkhemahan asas bagi para pelajar SMK Seberang Jaya terutama pelajar Tingkatan 1,2 dan 3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama yang aktif di dalam pasukan beruniform SMK Seberang Jaya tentang amalan dan aktiviti pekhemahan yang baik. Perkhemahan asas ini diadakan di padang SMK Seberang Jaya selama 3 hari 2 malam yang diuruskan oleh Unit Kokurikulum SMK Seberang Jaya. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ialah pemasangan khemah pelajar, program ibadat, ceramah dan juga lari berhalangan. Melalui perkhemahan asas ini diharap para pelajar dan guru SMK Seberang Jaya dapat bersedia untuk Perkhemahan Perdana yang akan datang.

Apr 21, 2011

Program PBSB

Pada 20 April 2011, satu program penerangan keselamatan jalanraya telah diadakan oleh PBSB di SMK Seberang Jaya. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar SMK Seberang Jaya tentang kepentingan menjaga keselamatan semasa menggunakan jalanraya. Acara-acara yang dijalankan termasuk program ceramah dan tayangan video pembangunan PBSB serta pameran JKJR, JPJ dan Unit Trafik. Warga SMK Seberang Jaya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang telah menjayakan program ini dan berharap semua warga SMK Seberang Jaya mengamalkan langkah-langkah penjagaan keselamatan semasa berada di jalanraya.

Apr 13, 2011

Alu-aluan Kedatangan Pengetua Baharu SMK Seberang Jaya

Warga SMK Seberang Jaya mengalu-alukan kedatangan Pengetua SMK Seberang Jaya yang baharu, Puan Balkhis binti Abdul Rahim yang memulakan tugas beliau pada 11 April 2011 yang lalu.

Festival Boria 1 Malaysia

Pada 11 April 2011 berlangsung penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta Festival Boria 1 Malaysia SMK Seberang Jaya yang telah menjadi Johan Peringkat Saringan Bahagian Seberang Perai Kategori Remaja di SMK Gemilang, Butterworth. Festival ini dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Apr 9, 2011

Taklimat SKPM

Pada 4 April 2011, SMK Seberang Jaya menjadi venue untuk satu sesi taklimat ringkas SKPM 2010 yang disampikan oleh Nazir Persekutuan Cawangan Pulau Pinang. Taklimat ini bertujuan untuk membantu Pentadbir bagi sekolah-sekolah di dalam Kelompok M8 menyiapkan maklumat-maklumat untuk SKPM dan NKRA sekolah masing-masing. Pada kali ini versi SKPM 2010 online ini perlu disiapkan sebelum memulakan NKRA 2011. Semoga semua sekolah terlibat dapat melaksanakan perancangan-perancangan masing-masing dan tergolong di dalam sekolah yang cemerlang.

Apr 8, 2011

Mesyuarat PIBG SMK Seberang Jaya 2011

Pada 2 April 2011 yang lalu, berlangsung Mesyuarat Agung PIBG 22 SMK Seberang Jaya keli ke 22 di Bilik Seroja SMK Seberang Jaya. Majlis dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah di dalam sidang pertama.

Pada sidang kedua, pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 berlangsung. Kemudian pembentangan dan pengesahan laporan kegiatan tahunan PIBG serta penyata kewangan dilakukan di dalam mesyuarat.

Sidang kedua juga melibatkan pembubaran AJK PIBG 2010/2011 dan proses pemilihan AJK baru turut diadakan bagi menjalankan program-program baru bagi tahun 2011/2012. Pada kali En Mohd Zaidi Jamaluddin dipilih sebagai YDP PIBG SMK Seberang Jaya yang baru manakala En Mohd Fadhilah Abdul Rauf.

Semoga dengan pelantikan AJK PIBG SMK Seberang Jaya yang baru ini dapat sama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan SMK Seberang Jaya.

Apr 1, 2011

Minggu Sains dan Matematik

Pada 28 Mac hingga 1 April 2011 berlangsung Minggu Sains dan Matematik 2011 anjuran Panitia Sains dan Matematik SMK Seberang Jaya. Perasmian dilakukan oleh PK Pentadbiran, En Ahmad Zaki bin Saad dengan dirasmikan melalui pelepasan roket air ke udara.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar SMK Seberang Jaya terhadap sains dan matematik seterusnya dapat memupuk minat pelajar kepada matapelajaran tersebut. Pelbagai acara diadakan sepanjang minggu sains dan matematik termasuk pameran, kuiz lisan, bacaan artikel, pertandinga melukis potret, pertandingan payung terjun dan roket air.

Mar 29, 2011

Pelantikan Pengawas Baru SMK Seberang Jaya

Pada 28 mac 2011, berlangsung satu upacara penyerahan surat pelantikan pengawas baru SMK Seberang Jaya. Semua pengawas baru ini telah pun lulus di dalam sesi temuduga pengawas dan menjadi pengawas percubaan sebelum menerima pelantikan. Upacara penyerahan surat pelantikan dilakukan oleh Inspektor Alias dari Balai Polis Seberang Jaya diiringi oleh PK Pentadbiran SMK Seberang Jaya, En Ahmad Zaki.

Mar 23, 2011

Keputusan SPM 2010

Keputusan SPM 2010 bagi SMK Seberang Jaya telah menunjukkan peningkatan dari segi peratusan lulus. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga kecemerlangan itu diteruskan hingga ke menara gading

Mar 9, 2011

Ujian 1 2011

Ujian 1 bagi semua tingkatan diadakan pada 7 hingga 9 Mac 2011. Semua pelajar diminta bersedia dalam menghadapi Ujian 1 ini bagi menilai tahap pencapaian setelah dua bulan mengikuti pembelajaran.

LDP 1 / 2011

Pada 5 Mac 2011, Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (LDP 1) bagi semua guru SMK Seberang Jaya telah diadakan. Latihan berkaitan dengan Headcount pelajar menggunakan sistem pengkalan data peperiksaan.

Latihan diberikan oleh En Firdaus melalui sesi taklimat berkaitan pengkalan data peperiksaan dan Headcount di Bilik Seroja. Kemudian sesi amali diadakan di Makmal Komputer 1 SMK Seberang Jaya bagi meningkatkan pemahaman guru dalam pengiraan Headcount melalui data peperiksaan.

Semoga latihan ini dapat memantapkan lagi perancangan guru dalam proses P&P dan menjadikan pelajar serta sekolah SMK Seberang Jaya cemerlang.

Mar 8, 2011

Kejohanan Merentas Desa SMK Seberang Jaya 2011

Pada 5 Mac 2011 jam 8.00 pagi telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SMK Seberang Jaya dengan jayanya. Kejohahan tahunan ini dibahagikan kepada 6 kategori iaitu Kelas L2 dan P2 (Tg Per/1/2/3), Kelas L1 dan P1(Tg 4/5) serta Lelaki dan Perempuan (Tg6). Acara dimulakan dengan doa. Kemudian sesi memanaskan badan dengan melakukan aktivii regangan dan senamrobik.

Pelepasan bagi kelas lelaki dilakukan oleh En Ahmad Zaki, PK Pentadbiran SMK Seberang Jaya. Manakala bagi kelas perempuan dilakukan oleh Us Aidi Ariffin, PK HEM SMK Seberang Jaya. Ujian masa setiap peserta juga dilakukan bagi mengumpul markah setiap Rumah Sukan untuk Kejohanan Sukan SMK Seberang Jaya yang akan datang.

Acara tamat dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap kategori.

Feb 28, 2011

Majlis Persaraan Pn Fadilah Bt Mohd Zain

Pada 25 Februari 2011, telah berlangsung Majlis Persaraan Pn Fadilah Bt Mohd Zain, Pengetua Cemerlang SMK Seberang Jaya yang akan bersara pada 1 Mac 2011. Tetamu jemputan yang turut hadir ialah Pengetua-pengetua Kelompok M8, Pegawai PPD Seberang Perai Tengah serta YDP dan Naib YDP PIBG SMK Seberang Jaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Murid SMKSJ dan diikuti oleh ucapan Pengerusi Kelab Guru SMK Seberang Jaya. Kemudian, satu tayangan slaid mengenai Pn Fadilah ditayangkan untuk tatapan terakhir semua warga SMK Seberang Jaya dan para jemputan yang hadir.

Akhir sekali ucapan disampaikan oleh Pn Fadilah Mohd Zain yang merupakan ucapan terakhir beliau sebagai pengetua SMK Seberang Jaya dan juga sebagai warga pendidik. Beberapa nasihat diberikan oleh Pn Fadilah kepada semua warga SMK Seberang Jaya agar menjadi panduan yang berguna. Pn Fadilah turut meninggalkan kata-kata yang menjadi perangsang kepada beliau sepanjang menjadi warga pendidik dan berharap ianya menjadi perangsang kepada warga SMK Seberang Jaya.

Feb 23, 2011

Pogram Kecemerlangan Pelajar Berfokus Tg 6

Pada hari ini, berlangsung taklimat Program Kecemerlangan Pelajar Berfokus Tahun 2011 untuk pelajar tingkatan 6 dijalankan di Bilik Seroja SMK Seberang Jaya. Program ini bertujuan untuk meningkatkan gred purata sekolah bagi peperiksaan STPM 2011 melalui kaedah mentor-mentee Melibatkan guru-guru tingkatan 6 SMK Seberang Jaya sebagai mentor dan mentee yang terdiri daripada lima orang pelajar tingkatan 6 untuk setiap guru. Guru yang terlibat akan memantau perkembangan akademik setiap mentee dan memberikan garis panduan serta tunjuk ajar kepada mentee untuk melonjakkan prestasi akademik masing-masing menjelang peperiksaan sebenar STPM. Melalui program ini diharap gred purata sekolah bagi peperiksaan tersebut akan meningkat.

Keputusan STPM 2010

Keputusan STPM telah diumumkan pada 21 Februari 2011 yang lalu. Keputusan bagi SMK Seberang Jaya menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun lepas. Terdapat 9 orang calon yang telah mendapat keputusan yang baik iaitu melebihi 3.50.

Feb 22, 2011

Program Kecemerlangan Pelajar Berfokus 2011

Pada hari ini, taklimat Program Kecemerlangan Pelajar Berfokus Tahun 2011 untuk murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah dijalankan di Bilik Seroja SMK Seberang Jaya. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan gred purata sekolah bagi peperiksaan PMR dan SPM Program ini menggunakan kaedah mentor-mentee yang akan melibatkan guru-guru SMK Seberang Jaya sebagai mentor dan mentee yang terdiri daripada lima orang murid untuk setiap guru. Guru yang terlibat akan memantau perkembangan akademik setiap mentee dan memberikan garis panduan serta tunjuk ajar kepada mentee untuk melonjakkan prestasi akademik masing-masing menjelang peperiksaan sebenar iaitu PMR dan SPM. Melalui program ini diharap gred purata sekolah bagi peperiksaan tersebut akan meningkat dan seterusnya menjadi antara sekolah yang cemerlang.

Feb 18, 2011

Program Sempena Maulidur Rasul

Pada hari ini 18 Februari 2011, Panitia Pendidikan Islam mengadakan program ceramah sempena Maulidur Rasul di Bilik Pendidikan Islam SMK Seberang Jaya.

Feb 15, 2011

Maulidur Rasul

Seluruh warga SMKSJ mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat.





" 1 Malaysia 1 Ummah "

Feb 14, 2011

Pelancaran Bulan Bahasa 2011


SMK Seberang Jaya mengadakan pelancaran "Sambutan Bulan Bahasa" dengan tema "Bahasa Jiwa Bangsa". Sambutan bulan bahasa tahun ini selaras dengan program dalam memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris.

Pelancaran bulan bahasa dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Seberang Jaya, Pn Fadilah Mohd Zain. Majlis turut disemarakkan lagi dengan acara deklamasi sajak bertajuk "Bahasa Jiwa Bangsa" oleh murid yang terdiri daripada Mohd Shahrul, Poonisha dan Samantha berkonsepkan 1 Malaysia. Akhir sekali acara nyanyian lagu tema "Bahasa Jiwa Bangsa" sebagai penutup diperdengarkan oleh murid Tingkatan 1 Arif.

BAHASA JIWA BANGSA

Pertukaran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Baru-baru ini berlaku pertukaran Penolong Kanan HEM bagi SMK Seberang Jaya iaitu En Anuar Rahim yang ditukarkan ke SMK Macang Bubok. En Anuar betugas jawatan sebagai PK Pentadbiran yang baru bagi sekolah tersebut. Terimakasih diucapkan kepada En Anuar di atas sumbangan beliau walaupun dalam masa yang singkat terhadap SMK Seberang Jaya. Semoga berjaya dalam menempuh cabaran baru.

SMK Seberang Jaya juga mengalu-alukan kedatangan PK HEM yang baru iaitu Us Aidi Arifin yang bertugas sebelum ini sebagai PK Kokurikulum SMK Mengkuang. Selamat datang dan harapan kami segala ilmu pengetahuan yang ada dapat dikongsi bersama.

Feb 8, 2011

Majlis Perjumpaan Waris Murid Tg 3 dan Tg 5

SMK Seberang Jaya akan mengadakan satu program bersama waris murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 untuk menyampaikan taklimat mengenai pendidikan terancang sekolah. Sesi perjumpaan bersama waris adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 Februari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Seroja

Melalui majlis ini diharap pihak sekolah bersama waris dapat membentuk murid ke arah kecemerlangan diri dan seterusnya sekolah dalam peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2011.

Feb 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Kami mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada warga Cina di SMK Seberang Jaya serta seluruh Malaysia. Semoga tahun "Arnab" memberikan kesenangan dan kegemilangan untuk semua.

" GONG XI FA CAI "

Jan 27, 2011

Program MBMMBI SMK Seberang Jaya

SMK Seberang Jaya terlibat di dalam program rintis MBMMBI tahun 2011. Satu sesi taklimat dan penerangan serta tunjuk cara akan diadakan oleh pembekal peralatan dan perisian.

Tempat : Makmal Komputer 1
Tarikh : 27 dan 28 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang

"Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris"

Jan 4, 2011

Orientasi Tg 1/Peralihan dan Taklimat Tg 4

Taklimat bagi semua pelajar Tingkatan 4 diadakan dalam proses pemilihan aliran masing-masing. SMK Seberang Jaya antara sekolah yang mempunyai 5 kelas yang berbeza dari segi subjek elektif.
1. Sains
2. ICT
3. MPV
4. Akaun
5. Perdagangan

Sesi orientasi pelajar Tg 1/Peralihan diadakan untuk pendedahan kepada pelajar tentang sistem persekolahan menengah merangkumi;
1. Perihal Sekolah
2. Kurikulum
3. Kokurikulum
4. HEM