Berita SMKSJ


Dec 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga SMK Seberang Jaya dan pengunjung blog ini. Semoga tahun baru ini akan bermula dengan permulaan yang baik. Sesuatu yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dengan paradigma baru.

Hari Pendaftaran dan Perjumpaan Waris Pelajar

Hari Pendaftaran dan Perjumpaan Waris Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan akan berlangsung pada 1 Januari 2011 jam 8.00 pagi.

" SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU SMK SEBERANG JAYA "

Taklimat waris diadakan di Bilik Seroja dan pelajar-pelajar baru akan berhimpun di tapak perhimpunan sebelum bergerak ke kelas masing-masing.

Dec 14, 2010

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1/Peralihan 2011

Pendaftaran pelajar tingkatan 1/Peralihan bagi tahun 2011 yang menerima tawaran ke SMK Seberang Jaya akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 15 Disember 2010
Tempat : Kantin SMK Seberang Jaya
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Peringatan : - Sila bawa bersama 2 salinan keputusan UPSR dan 2 salinan surat beranak
- Sebarang rayuan pertukaran sekolah perlu diisi didalam borang RT1

Nov 23, 2010

Peperiksaan SPM/STPM 2010

Peperiksaan SPM dan STPM 2010 bermula pada 23 November 2010. Semua calon SMK Seberang Jaya diminta bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Semoga semua calon berjaya mendapat keputusan yang baik.

Oct 27, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun SMKSJ 2010

Peperiksaan akhir tahun bagi Tg Peralihan, Tg1, Tg2, Tg4 dan Tg 6Bawah sedang berlangsung. Semua pelajar di minta merujuk kepada jadual di dalam kelas masing-masing supaya dapat membuat persediaan dan mendapat keputusan yang baik.

Oct 12, 2010

Pertandingan Sofbol MSPP B15

Pertandingan Sofbol MSSPP Bawah 15 TKB akan berlangsung di Padang SMK Seberang Jaya pada 19 hingga 21 Oktober 2010 (Selasa/Rabu/Khamis) bermula jam 8.00 pg hingga 5.30 ptg. Semua pemain dan guru pengiring dialu-alukan untuk datang ke pertandingan sofbol tersebut.

Program Selepas PMR

Pelajar-pelajar SMK Seberang Jaya yang menjadi calon PMR telah pun selesai mengambil peperiksaan PMR. Semoga semua pelajar akan mendapat keputusan yang baik nanti. Program selepas PMR akan bermula pada hari Rabu (13 Oktober 2010) dengan sesi taklimat program. Semua pelajar di minta untuk merujuk jadual program selepas PMR.

Oct 5, 2010

PMR 2010

Selamat menjalani peperiksaan PMR untuk semua calon PMR SMK Seberang Jaya. Semoga semua calon dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusaan yang cemerlang.

Aug 13, 2010

Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Peperiksaan percubaan PMR akan berlangsung pada 18 Ogos 2010 hingga 25 Ogos 2010.
Berikut adalah jadual waktu peperiksaan:

18 Ogos 2010 BM1/BM2
19 Ogos 2010 BI2/BI1/Sejarah
20 Ogos 2010 PI/BC/BT
23 Ogos 2010 Sains
24 Ogos 2010 Matematik
25 Ogos 2010 Geografi/KHB

Semua calon PMR diminta bersedia untuk menghadapi peperiksaan percubaan PMR ini.

Aug 10, 2010

Program Peningkatan Akademik 2010

Program peningkatan akademik 2010 merangkumi dua program utama iaitu
(a) Program Pengurusan Diri Mengahdapi Peperiksaan
(b) Program Kecemerlangan Pelajar Berfokus

Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 9 Ogos 2010 hingga 11 Ogos 2010 mengikut kelas peperiksaan berikut:

PMR - Isnin (09 Ogos 2010)
SPM - Selasa(10 Ogos 2010)
STPM - Rabu (11 Ogos 2010)

Program ini bertujuan membimbing pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM tahun ini dalam menguruskan diri ke arah menjadi cemerlang.
Program ini juga menggunakan pendekatan mentor-mentee. Mentee terdiri daripada pelajar dalam kategori pelajar cemerlang, pelajar galus dan pelajar harap lulus manakala mentor terdiri daripada guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan tersebut.

Harapan sekolah agar program ini dapat memberikan panduan kepada para pelajar SMKSJ agar menjadi cemerlang.

Aug 4, 2010

Hari Anugerah Cemerlang SMK Seberang Jaya 2010

Hari Anugerah Cemerlang SMK Seberang Jaya 2010 akan berlangsung seperti berikut

Tarikh : 7 Ogos 2010.
Hari : Sabtu (Hari Persekolahan)
Masa : 8.00 pg

Program ini diadakan bertujuan menggalakkkan para murid SMK Seberang Jaya untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dari segi akademik dan kegiatan luar bilik darjah. Program ini diserikan lagi dengan menjemput YB Seberang Jaya, Dato Ariff Shah untuk acara perasmian turut terlibat dalam menjayakan program ini adalah AJK PIBG SMK Seberang Jaya dan semua warga SMK Seberang Jaya.

Jul 10, 2010

Program Perjumpaan Waris

Perjumpaan para waris pelajar dengan pihak sekolah berjalan lancar. Program ini bertujuan untuk menyemak dan berbicara tentang keputusan peperiksaan semester yang lalu di antara para waris dan pihak sekolah yang diwakili oleh guru tingkatan pelajar masing-masing.

Pertukaran Pengetua

SMK Seberang Jaya telah bertukar pentadbir yang baru di mana Puan Sopiah Ebau berpindah ke SMK Permatang Rawa dan digantikan dengan Puan Fadilah Mohd Zain, Pengetua Cemerlang dari SMK Perai. Pertukaran berkuatkuasa pada 16 Jun 2010 yang lalu.

Jun 24, 2010

Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya

Hari Kokurikulum SMK Seberang Jaya akan berlangsung pada 4 Julai 2010. Terdapat pelbagai acara diadakan sepanjang hari tersebut seperti pertandingan kawad antara pasukan pakaian seragam SMKSJ, gerai-gerai jualan dan pameran.

Semua dijemput hadir untuk menyemarakkan lagi hari tersebut.

May 21, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat SMKSJ

SMSKJ mengadakan program sambutan hari guru peringkat SMKSJ pada 22 Mei 2010. Program ini disusun atur bagi menghargai jasa guru dalam mendidik para pelajar. Beberapa acara disusun atur oleh guru-guru SMKSJ, Kelab Guru dan Staf SMKSJ serta para pelajar SMKSJ dalam program ini. Semoga para guru SMKSJ terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam mendidik modal insan masa depan.

SELAMAT HARI GURU.

May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU

Kepada semua warga guru SMK Seberang Jaya dan Malaysia, diucapkan
"SELAMAT HARI GURU"

Semoga semua guru dapat terus memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam mendidik anak-anak Malaysia.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

May 11, 2010

Gotong Royong Perdana

Merujuk kepada ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Hari Guru Kebangsaan yang diadakan pada 18 Mac 2010 di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Haji Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa semua sekolah seluruh Negara dikehendaki melaksanakan program gotong royong perdana pada 15 Mei 2010 (Sabtu) bermula pada 8.00pagi hingga 12.30 tengahari.

Gotong royong perdana SMK Sebang Jaya akan dilaksanakan berkonsepkan ‘Pertandingan dan Kitar Semula’ dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan beberapa syarikat yang mengusahakan proses kitar semula.

Pendaftaran Tingkatan Enam Rendah

Pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah mula membuat pendaftaran pada 10 Mei 2010. Minggu ini adalah proses orientasi bagi memulakan pengajian di SMK Seberang Jaya.

Mar 25, 2010

Sukan SMKSJ 2010

Sukan SMKSJ bagi tahun 2010 akan berlangsung seperti berikut:

Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pg hingga 12.00 tgh
Tempat : Padang Serbaguna SMKSJ

Semua waris dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara sukan tahunan ini.

Mar 16, 2010

Cuti Pertengahan Penggal 1

Selamat Bercuti kepada semua guru dan pelajar. Sempena cuti ini manfaatkan sebaik mungkin sebelum sesi persekolahan kembali.

Mar 4, 2010

Perlawanan Akhir Bolasepak Zon Permatang Pauh

Pertandingan akhir bolasepak Zon Permatang Pauh dan Majlis Perasmian Penutup seperti butiran berikut:

Tempat : Padang SMK Bukit Mertajam
Tarikh : 8 Mac 2010 (Isnin)
Masa : 3.00 ptg

Semua dijemput hadir bagi menyemarakkan lagi perlawanan akhir tersebut.

Mar 1, 2010

Pertandingan Bolasepak Zon Permatang Pauh

Pertandingan bolasepak bawah 18 tahun Zon Permatang Pauh bagi tahun 2010 sedang berlansung di dua venue:

(1) Padang SMK Guar Perahu
(2) Padang SMK Permatang Pasir

Semua penyokong pasukan dan peminat dijemput berkunjung ke venue pertandingan bagi memeriahkan lagi kejohanan.

Jan 31, 2010

Kejohanan Bolasepak Peringkat Zon Permatang Pauh

Assalamualakum dan Salam kepada semua peminat bolasepak Zon Permatang Pauh.
Pertandingan peringkat zon dijangka bermula selepas Tahun Baru Cina. Semua peminat boleh menonton perlawanan di beberapa tempat sekitar Permatang Pauh yang akan diumumkan.

Majulah bolasepak zon Permatang Pauh.

Mesyuarat Guru Kali Kedua 2010

Assalamuaalaikum Warga Guru SMK Seberang Jaya
Satu mesyuarat guru akan diadakan pada 2 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SMKSJ. Beberapa maklumat dan makluman akan disampaikan untuk tindakan semua guru SMKSJ. Semoga semua warga guru SMKSJ dapat menjalankan tanggung jawab dengan sebaik mungkin.